MB TETAP KATE MAT INDERA PENGGANAS

Menteri Besar Johor berkata Ahmad Indera atau Mat Indera yang terlibat dengan gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British, bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim.

Beliau berkata berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM) dengan pangkat sebagai Ketua Rejimen ke-10 yang kejam dan zalim serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.

“Apabila British menguatkuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu, semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan PKM telah diharamkan,” katanya dipetik Bernama Online.

“Oleh itu, ramai anggota gerakan berhaluan kiri memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM atau meneruskan hasrat berjuang atas landasan lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno).

“Bagaimanapun, Mat Indera telah memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British,” kata beliau.

Ghani berkata tindakan Mat Indera menyertai PKM menyebabkan dia terpesong dan ianya berlainan daripada pemimpin haluan kiri lain seperti Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Muhammad dan Ibrahim Yaakub yang tidak memilih untuk bertindak secara militan.

Beliau berkata kemuncak penglibatan Mat Indera yang kejam adalah peristiwa serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong di Muar pada 23 Februari 1950 dan fakta yang diperoleh dari pelbagai sumber sebilangan penyelidik ilmiah mengenai peristiwa itu menunjukkan Mat Indera bertanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan berkenaan.

Ulasan

  1. kah kah kah....dah tandatangan buat buat nyanyok pula...pemimpin macam ni bahaya nanti bila dah jual negara dan tandatangan kata lupa la pulak,,,,kah kah kah tengok spongebob lagi faedah dari dengar taik taik british yang ditinggalkan ini bercakap...

    BalasPadam
  2. Rasanya dengan hanya isu Mat Indera sahaja beberapa kawasan di Johor boleh tumbang ke tangan Pakatan Rakyat. Ini kerana Mat Indera adalah wira yang tak didendangkan di kalangan sesetengah orang Johor. Tempelak UMNO terhadap Mat Indera sebagai pengganas bakal mengguris hati-hati rakyat Johor yang meletakkan tokoh ini sebagai pejuang yang cuba membebaskan negara dari British.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular