12 Sep 2011

Mat Sabu punya pasal baru le awok tahu TYT Melaka pertama org Cina.
chedet12 Sep 2011 0 Komentar

TYT MELAKA YANG PERTAMA ORANG CINA?

Sensasi terkini yang cuba dipolimikkan oleh UMNO adalah terhadap kebarangkalian yang bakal menjadi KM Melaka pada masa hadapan sekiranya Pakatan Rakyat menang adalah dari DAP (maksudnya Cina la tu).

Sekali lagi senjata tradisional UMNO yang mereka kira masih ampuh diperguna bagi menakut-nakutkan serta menjauhkan para pengundi Melayu di negeri Hang Tuan tersebut daripada mengundi mana-mana calun daripada Pakatan Rakyat. Hebat serta licik sekali permainan mereka.

Sudah pastilah orang Melayu yang tebal dengan semangat kemelayuannya tidak akan merelai orang CINA menjadi KM Melaka! (mereka terlupa bahawa ahli DAP tidak semestinya Cina). Lalu salah apa sekiranya seorang Cina menjadi KM Melaka seperti yang berlaku di Pulau Pinang, Sarawak (Iban menjadi KM) dan Sabah (Kadazan jadi KM)? Apakah ada termaktub di dalam perlembagaan negeri Melaka yang KM mesti dari bangsa Melayu?

Apapun yang cuba disensasikan oleh pihak-pihak yang berkepentingan yang pastinya TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka yang pertama adalah seorang berbangsa Cina iaitu TUN LEONG YEW KOH (1957 hingga 1959). Adakah orang Melayu Melaka (termasuk anak cucu Hang Tuah, Hang Jebat dan segala macam Hang) menyinsing lengan, menghunus keris dan membuka langkah silat mengamuk dan membantah akan perlantikan Tun Leong!

Sesungguhnya sejarah telah membuktikan bahawasanya orang-orang Melayu secara majoritinya adalah rasional dan tidak rasis sebagaimana yang sangat diharapkan oleh GEROMBOLAN!



#Yang di-Pertua NegeriTook officeLeft office
1Leong Yew KohAugust 31, 1957August 31, 1963
2Abdul Malek YusufAugust 31, 1963August 30, 1971
3Abdul Aziz Abdul MajidAugust 31, 1971May 9, 1975
4Syed Zahiruddin Syed HassanMay 25, 1975November 30, 1984
5Syed Ahmad Syed Mahmud ShahabudinDecember 4, 1984June 3, 2004
6Mohd Khalil YaakobJune 4, 2004present
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.