MANSUH ISA USAHA UMNO.... GILE APE PUAK2 NIE...

UALA LUMPUR, 17 Sept — Inisiatif untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah keputusan dibuat kerajaan Barisan Nasional (BN) dan bukan perjuangan mana-mana pihak lain, tegas Datuk Seri Najib Razak hari ini.
Justeru Perdana Menteri mengingatkan jangan ada pihak atau individu yang mahu mendapat nama bahawa pengumuman beliau untuk memansuhkan ISA itu adalah hasil perjuangan mereka.

“Jadi jangan hendaknya ada orang yang nak dapat nama kononnya pengumuman saya dua malam lalu adalah kerana hasil perjuangan mereka,” kata Pengerusi BN ini.

Beliau berucap pada majlis ramah mesra pemimpin-pemimpin BN Sirih Pulang ke Gagang di Shah Alam hari ini.
“Ini bukan hasil perjuangan mereka tetapi adalah keputusan yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional kerana ia adalah kerajaan yang mendengar isi hati rakyat yang inginkan perubahan sedemikian rupa,” kata Najib lagi.
Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia kelmarin, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.
Dua undang-undang baru akan digubal di bawah “semangat serta payung” Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.

Kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.



Ulasan

  1. mansuh akta2 itu semua sebagai perseidaan bn dan
    umno utk jadi pemabangkang dlm negara.

    mereka takut mereka akan kena ISa lepas ini sebab byk jenayah seperti jual kad pengenalan kapda org asing, cetak wang kertas sama no siri dll yg melibatkan maruah dan keselamatan negara.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular