KJ SUDAH KECUT, PEMUDA PAS AJAK DEBAT PASAL SEJARAH
KUALA LUMPUR, 5 Sept — Dewan Pemuda PAS pusat melahirkan hasrat mahu berdebat dengan Pemuda Umno berhubung kenyataan kontroversi Mohamad Sabu, yang menyentuh tragedi Bukit Kepong selain mahu sejarah kemerdekaan negara ditulis semula.
Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, pihaknya bersedia bila-bila masa untuk berdebat demi mencari kebenaran sebenar kemerdekaan negara.
Ia dilihat sebagai pelawaan berdebat ketiga daripada kepimpinan PAS kepada Umno.
“Dewan Pemuda PAS Malaysia bersedia pada bila-bila masa untuk menyertai debat ilmiah dengan Pemuda Umno demi sebuah kebenaran dan masa depan yang diasaskan oleh pembacaan sejarah yang betul dan benar.
“Debat ini bukan bertujuan untuk mencetus persengketaan walau melibatkan Pemuda PAS dan Pemuda Umno, tetapi bermaksud membedah sejarah, mencari ketulenan peristiwa yang pernah berlaku dalam sejarah kemerdekaan negara tercinta,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelas beliau, pihaknya akan menghantar surat rasmi kepada Pemuda Umno dalam tempoh terdekat dan berharap sayap pemuda parti Melayu itu akan menerima pelawaan itu.
Tambah Nasrudin , tidak timbul PAS menyokong komunis atau menganggap komunis sebagai wira sambil menyifatkan sejarah kemerdekaan versi Umno tidak adil dan perlu ditulis semula.
“Tidak timbul PAS menyokong komunis atau menganggap komunis sebagai hero ketika membuat penegasan betapa sejarah negara perlu ditulis semula tanpa membenarkan Umno dan BN (Barisan Nasional) sekali lagi menodai sejarah gemilang negara dengan para pahlawan dan pejuang yang telah mengorbankan darah dan nyawa untuk menghalau penjajah keluar dari tanah air tercinta ini,” katanya.

bro,mangkuk tandas(mt) ni tak payah di Layan,mt ni dLm geng nye pn dah tak laku so y kita tLng promote???
BalasPadammt ni La samseng di ijok
BalasPadamsamseng taik minyak
BalasPadam