KENAPA CHE DET NK JATUHKAN NAJIB?

KUALA LUMPUR, 14 Sept — PAS mendakwa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan pengaruhnya untuk menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebelum pilihan raya umum ke-13.


Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata langkah Dr Mahathir yang menasihatkan Najib agar melewatkan pilihan raya umum ke-13 adalah satu bentuk tekanan terhadap Najib selaku Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

“Saya lihat dalam Umno sekarang berdepan isu calon atau isu parti sendiri yang mana mereka mahu meletakkan calon yang boleh menang... Tun Mahathir cuba beri mesej bahawa beliau (Najib) juga tidak berkelayakan sebagai seorang calon.

“Kalau kita lihat hari ini Najib menjadi liabiliti dan beban kepada Umno-BN, sebab itu diminta supaya dilewatkan pilihan raya umum ke-13, malah dalam Umno juga ada gesaan supaya Najib berundur sebelum pilihan raya umum ke-13,” katanya pada sidang media di sini.

Ahli Parlimen Pokok Sena ini menambah, ramai pemimpin Umno yang tidak mahu Najib terus mengetuai parti Melayu terbesar itu.

“Mereka tidak mahu Najib memimpin, sudah tentu orang yang jadi liabiliti akan menyebabkan Umno tidak boleh menang, bagi saya nampak macam Tun Mahathir kembali berperanan untuk memberi tekanan kepada Najib seperti mana tekanan yang diberikan kepada Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dulu... cuma cara yang berbeza.

“Tun Mahathir beri tekanan supaya Najib berundur sebelum pilihan raya umum ke-13, Tun Mahathir jadi ‘mastermind’ untuk jatuhkan Najib dan dalam Umno sudah kucar-kacir, sudah tentu ada kumpulan (dalam Umno) yang mengikut telunjuk Tun Mahathir,” katanya.

Ulasan

Catatan Popular