JAMBORI ARC PERINGKAT KEBANGSAAN 2011


Jabatan Seni, Kebudayaan dan Sukan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DACS) bakal menganjurkan Program Jambori ARC Peringkat Kebangsaan buat kali ke 2 yang akan berlangsung pada 30 Sept – 02 Okt. 2011. Program yang akan berlangsung selama 3 hari 2 malam ini akan mengumpulkan ahli Alternatif Riding Club (ARC) dari seluruh Malaysia.

Melihatkan sambutan yang amat menggalakkan ketika menganjurkan jambori kali pertama pada tahun lepas di Kem Bari, Pantai Maran Setiu Terengganu, DACS bersama ARC mengambil inisiatif untuk menganjurkan sekali lagi program jambori ini akibat desakan dan permintaan daripada anak-anak muda di seluruh Malaysia.

Program yang rata-ratanya melibatkan anak-anak muda yang bermotosikal ini bertujuan untuk menarik minat golongan ini supaya mereka tidak memandang bahawa PAS hanyalah parti politik semata-mata namun dalam masa yang sama merupakan merupakan sebuah badan dakwah. Sambil itu juga PAS mahu menunjukkan bahawa Islam itu adalah syumul dan tidaklah agama yang jumud sehinggakan sesetengah pihak hanya melihat Islam ini sesuai di masjid dan surau sahaja namun tidak mengambilnya didalam seluruh kehidupan.

Tapak program kali ini setelah dipersetujui akan diadakan di Puncak Gunung Jerai, Kedah Darul Aman. Suasana yang nyaman serta keindahan alam semulajadi menjadikan ianya sesuai untuk program rekreasi serta tarbiyah. Program-program yang disusun juga dianggap bersesuaian dengan anak-anak muda bermotosikal namun tidak dilupakan juga dengan pengisian rohani kerana inilah yang akan membentuk seseorang itu menjadi manusia yang berguna dunia dan akhirat.

Read more…

Ulasan

Catatan Popular