BRAHIM KATAK ADA POINT NAK TANDING PRU-13

akhirnya Brahim katak ada point nak masuk bertanding pilihanraya....wakakakakaka

KUALA LUMPUR, 15 Sept — Sambil menggesa pentadbiran Najib mengambil tindakan tegas ke atas Mohamad Sabu berhubung kenyataannya berkaitan tragedi Bukit Kepong, Perkasa berkata timbalan presiden PAS itu “harus dihalang” jika bertanding pilihan raya umum ke-13.

Ibrahim AliPresiden Datuk Ibrahim Ali berkata, sehingga hari ini Putrajaya hanya memberi amaran dan tiada tindakan ke atas Mohamad walaupun telah didesak banyak pihak.

“Sebelum ini ada desakan supaya Mat Sabu ditangkap, namun kita tidak buat begitu kerana kalau kita desak Mat Sabu ditangkap, kita akan ditertawakan.

“Kalau saya jadi Menteri Dalam Negeri, dah habis Mat Sabu . . . sebab itu kerajaan perlu bertindak bijak tapi kita (orang Melayu) perlu bersama, kita mahu tindakan diambil (ke atas Mohamad), jangan sampai rakyat hilang kepercayaan dan jangan sampai rakyat mengambil undang-undang sendiri,” katanya ketika berucap menutup Forum Merdeka Kekejaman Komunis, Mat Indera dan Kemerdekaan anjuran Perkasa di Kelab Sultan Sulaiman di sini malam tadi.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, rakyat terutamanya orang Melayu perlu menolak pemimpin yang menjual maruah bangsa sendiri terutamanya Mohamad pada pilihan raya umum.

“Kita perlu halang Mat Sabu, caranya mudah sahaja iaitu pada pilihan raya umum ke-13 nanti kita perlu turun beramai-ramai untuk berkempen menentangnya,” katanya.

Ulasan

Catatan Popular