"ZAHRAIN UMPAMA SAMPAH" : TG NIK AZIZ
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim sebagai “sampah” kerana mengaitkan beliau dalam isu pelantikan Ketua Pembangkang yang baru.
Menurutnya, beliau tidak mengenali Zahrain dan begitu juga sebaliknya.
“Dia orang yang melompat parti, orang seperti ini saya kira sampah, tempat serangga bersarang,” kata beliau di Kota Baru semalam mengulas kenyataan Zahrain kelmarin, menegaskan pertemuan antara Nik Aziz dengan Tengku Razaleigh Hamzah bagi membincangkan pelawaan pembangkang agar Ahli Parlimen Gua Musang itu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang memang benar-benar berlaku.
Menurut laporan Utusan Malaysia hari ini, Zahrain mencabar Nik Aziz membuat satu kenyataan rasmi bagi mencabar fakta tersebut dan bukannya berselindung di sebalik nota dalam laman sosial facebook.
Menurut Zahrain, sebagai individu yang tahu hukum-hakam agama dan ditambah lagi dengan kedatangan Ramadan yang suci ini, Nik Abdul Aziz sepatutnya bercakap benar berhubung isu tersebut.
Selasa lalu, Nik Aziz dalam laman facebook beliau menyifatkan khabar angin yang mengaitkannya dengan perbincangan rahsia untuk melantik Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Anwar sebagai satu “lawak jenaka.”
.... bagi aku bukan sampah lagi tapi najis mughallazoh....

TAKUT....HAHAHAHAHA
BalasPadam