SOSEJ DI PERLIS PULA ADA DNA BABI!
Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) menasihatkan umat Islam khususnya di negeri ini dan Perlis supaya menghentikan sementara pembelian sosej serta kepingan ayam tanpa jenama yang diragui status halalnya dipercayai dijual secara meluas termasuk di gerai tepi jalan dan pasar malam di kedua-dua negeri berkenaan
Ketua Pengarah Jakim, Othman Mustapha berkata, sekiranya umat Islam meragui status halal sesuatu produk, lebih wajar mengelak daripada membeli atau memakan makanan itu kerana hukumnya akan jatuh kepada haram.
Perkara itu selaras dengan keputusan dikeluarkan Jabatan Kesihatan Perlis mengenai sosej ayam dicampur dengan pulut, selain produk kepingan ayam tanpa jenama, dijual secara meluas terutama di kawasan Sungai Bahru, Perlis disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.
Justeru, katanya, Jakim akan bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk memantau kemasukan secara berleluasa produk sejuk beku dari Thailand dipercayai secara haram yang diragui status halalnya.
“Mengikut maklumat daripada JPV, kedua-dua produk yang disahkan mengandungi DNA babi tiada dalam senarai produk disaring JPV dan ia dipercayai dibawa masuk secara haram tanpa kebenaran termasuk untuk perhatian Bahagian Hab Halal Jakim.
“Justeru, kita menasihatkan peniaga yang mungkin terlepas pandang perkara ini termasuk tidak mengetahui kandungan produk diambil dari Thailand supaya menghentikan penjualan sosej dan kepingan ayam yang diragui status halalnya termasuk di bazar Ramadan,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, semalam.
... mungkin Kelantan Kedah juga yang mendapatkan bekalan sosej dari negara jiran perlu berhati-hati....

Ulasan
Catat Ulasan