"sayalah MISMAH"
Berita yang disiarkan oleh Sinar Harian ini menjadi modal besar UMCO dan BN untuk menyanggah penemuan nama meragukan dalam daftar pengundi SPR. Namun bukan seorang Mismah sahaja yang diragui statusnya. Ada beribu nama yang mencurigakan. engundi h
[TVS] KUALA LUMPUR 12 OGOS : Seorang warganegara baru Mismah yang mencetuskan kegemparan apabila dikatakan mendapat kerakyatan dalam tempoh empat jam akhirnya ditemui media.Mengimbau kisah hidupnya hampir 30 tahun lalu, Mismah yang digambarkan sebagai ceria, bersuara lembut dan tenang berkata, beliau masuk dengan sah ke Malaysia pada 1982 untuk bekerja sebagai pengangkut simen.
Beliau ketika itu menetap di rumah neneknya di Keramat, Kuala Lumpur dan berpindah ke setinggan Kayu Ara di Petaling Jaya selepas berkahwin dua bulan selepas itu.
Beliau terus memohon status penduduk tetap dan mengejutkan apabila berjaya mendapatkannya pada 17 Julai tahun yang sama.
Dengan kata lain, Mismah mendapat status itu dalam tempoh beberapa bulan sahaja.
"Pada masa itu prosesnya mudah, tak macam sekarang," katanya dengan loghat tempatan, sesuai dengan taraf barunya itu.
Bagaimanapun, pengalamannya mendapat kewarnageraan penuh pula menunjukkan pengalaman berbeza apabila terpaksa menunggu 17 tahun, 12 tahun berurusan di Petaling Jaya dan selebihnya di Putrajaya.
Dilaporkan, mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), permohonan Mismah diluluskan pada 31 Januari tahun ini selepas 29 tahun menjadi penduduk tetap.
Mismah, empat anaknya dan - dua lelaki dan dua perempuan termasuk ibunya yang sudah berumur 70 tahun juga merupakan pemegang kad pengenalan biru.
Tiga anaknya kini merupakan penjawat awam manakala seorang lagi baru tamat belajar.
Beliau kini bekerja sebagai tukang sapu di pejabat sebuah syarikat jualan langsung dan dikatakan seorang penjimat sehingga memiliki sebuah rumah teres.
Mismah ditemui dua wartawan Sinar Harian. Akhbar berita tempatan berbahasa Melayu itu dikatakan sudah seminggu cuba menjejak wanita itu tetapi hanya menemuinya selepas dibantu maklumat daripada seorang pembaca.
Bagaimanapun, gambar Mismah yang disiarkan sengaja dikaburkan di bahagian mukanya manakala suaminya pila hanya diperkenalkan dengan nama Musadi (bukan nama sebenar)
Kalau dia layak bagilah asalkan kes ini kes 'pintu depan'
BalasPadamApa lagi mau spin Parti Anguk saje, Parti Aloh Sokmo. Kalau kes Abang Sabu 121 dulu boleh lah spin sebab tak cukup saksi?
BalasPadamDr badrul amin pun dari indun jugak pakk...masuk pintu belakang ker??
BalasPadam