RM1JUTA: BANTAH HANTU


Sokong Selangor sedia RM1 juta untuk fail bantahan daftar pengundi
Jumaat, 05 Ogos 2011 05:57 BlogMaster
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) MENYOKONG penuh kenyataan Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyatakan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor akan menyediakan geran peruntukan yang berjumlah RM1 juta bagi membiayai usaha memfailkan bantahan terhadap daftar pengundi baru yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Peruntukan geran ini adalah terbuka untuk seluruh rakyat negeri Selangor tanpa mengira kaum, bangsa, agama dan kecenderungan politik.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan ini adalah satu tindakan yang bijak dan murni Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor di dalam menyemarakkan rasa tanggungjawab rakyat negeri Selangor untuk bersama-sama membersihkan rang daftar pemilih tambahan yang akan dikeluarkan oleh SPR untuk suku ke 3 bagi tahun 2011 daripada sebarang perkara yang meragukan.

Sepatutnya pihak Kerajaan Pusat mengambil inisiatif mencontohi tindakan Kerajaan Negeri Selangor ini dengan menggunakan kuasa eksekutif yang ada pada mereka untuk memastikan PRU ke 13 akan datang akan menjadi pilihanraya yang lebih baik, telus dan ‘bersih’ daripada sebarang penyelewengan, penipuan dan manipulasi pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Selain itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga meminta supaya seluruh jentera Pemuda PAS di Kawasan-kawasan membuat persedian yang rapi terutamanya ilmu berkaitan daftar pemilih ini supaya Pemuda PAS Kawasan dapat mengambil tindakan yang proaktif, cepat dan pantas untuk mengenal pasti sebarang keraguan terhadap daftar pemilih tambahan suku ke-3 tahun 2011 yang akan dipamerkan pada pertengahan bulan Oktober nanti.

Sebarang kecuaian dan kelekaan di dalam mempastikan daftar pemilih di kawasan masing-masing dibersihkan daripada unsur-unsur manipulasi pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab akan menyebabkan ‘tumbangnya’ pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.

USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN
KETUA PEMUDA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

Ulasan

Catatan Popular