RAKAMAN CERAMAH DISERAH KEPADA MAT SABU

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Rakaman video Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ketika berucap di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora, Tasek Gelugor — didakwa menyentuh mengenai pejuang-pejuang kemerdekaan dan komunis dan dilaporkan sebagai bahan kontroversi oleh media Umno sejak beberapa hari lalu — difahamkan telah diserahkan kepada beliau malam tadi.


Rakaman itu diserahkan oleh organ parti, Harakah cawangan Pulau Pinang.

Laporan Harakahdaily menyebut ia akan disampaikan terus kepada Mohamad untuk diteliti semula ucapan kononnya beliau menyokong tindakan komunis menyerang Pondok Polis Bukit Kepng pada 23 Februari 1950.

Laporan itu berkata, rakaman yang diperoleh daripada seorang peminat orang nombor dua PAS itu dan diberikan kepada Mohamad semasa majlis berbuka puasa di Surau Al Ghufron, Kuala Bekah, Penaga.

Semalam, Mohamad menegaskan akan meneliti terlebih dahulu ucapanya dalam rakaman berkenaan dan sekiranya didapati Utusan Malaysia sengaja menokoh tambah cerita yang bukan-bukan, maka tindakan undang-undang akan diambil.

Ulasan

  1. Aku dah tengok video Mat Sabu..............Memang bangang/bodoh tak sekolah punya org.....komunis dianggap hero.....bodoh....Dia tak pernah rasa macam mana kena seksa dgn komunis...bunuh...Pas dah tak betul .....byk auta...nak menang kerusi tak payah nak sokong komunis..... Blog ni pulak macam pondan dari isu murtad sampai isu mat sabu takut nak buat pendirian. Pemuda PAs Ape ni...Takut nak buat pendirian sendiri.

    BalasPadam
  2. tobat le mat sabu....tobat le...takkan nak isi periuk nasi politik sanggup sokong komunis...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular