PROF ABU HASSAN PERTIKAI KEPIMPINAN NAJIB
Meskipun populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menunjukkan beliau berjaya meraih perhatian rakyat berdasarkan kajian Merdeka Centre, ia bagaimanapun bukanlah jaminan pergerakan sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kelak.
Hal ini kerana menurut pensyarah di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, kegagalan Najib mengurus tadbir negara dengan cekap, sudah lama diperhatikan oleh rakyat yang pada bila-bila masa sahaja boleh mengambil keputusan meranapkan impian Najib untuk terus berkuasa.
"Rakyat inginkan suatu petunjuk yang nyata ke mana sebenarnya arah negara ini yang ingin dibawa (oleh Najib) kerana rakyat sudah dalam keadaan tertekan, dalam situasi ekonomi yang semakin dahsyat dan ancamannya kepada masyarakat dengan harga barang yang berlambung-lambung, dengan harga rumah yang sudah tidak terkawal, dengan pengangkutan awam yang sangat-sangat tidak cekap dan tidak membantu.. dan ini memberi kegusaran kepada masyarakat.
"Maka semuanya ini memberi impak dan kita harus ingat kesan langsung ini kepada masyarakat," kata Abu ketika dihubungi Tv Selangor hari ini.
Merdeka Centre dalam kajiannya merumuskan, tidak banyak perubahan yang dibawakan oleh Najib sejak mentadbir negara pada April 2009.
Walaupun mengakui kejayaan media arus perdana mempopularkan pemimpin itu, ia bukanlah jaminan sokongan itu akan diterjemahkan melalui undi.

BERSYUKURLAH SEKURANG2NYA NAJIB MASIH SEORANG ISLAM DAN BERIMAN...KALAULAH KAFIR YANG BERKUASA WALAUPUN EKONOMI NAIK BELUM TENTU ORANG ISLAM DAPAT MENIKMATINYA...RENONG2KANLAH KALAU KAFIR YANG BERKUASA SEDANGKAN MEJORITINYA ORANG MELAYU PASTI AKAN JADI SEPERTI DIPELESTIN
BalasPadamAku tak kesah siapa pun boleh jd PM-tak kira melayuke,cinake,indiake,penan ke-asalkan tak korup,jujur,tak kroni.amanah dan utamakan rakyat.Kasi melayu jd PM dah 54 thn- apa ada-asyil kayakan anak beranak dan kroni je...
BalasPadam