Isu Video Seks Kembali - MAGARAN desak tubuh Suruhanjaya Di Raja.



KUALA LUMPUR 4 Ogos - Isu Video Seks yang dikaitkan dengan seorang Pemimpin Politik dibangkitkan semula apabila Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (MAGARAN) mendesak agar ditubuhkan satu Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat perkara ini dengan lebih serius.

Sebentar tadi, pihak wakil MAGARAN telah menghantar memorandum desakan berkenaan kepada Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara yang antaranya tertera desakan penyiasatan bagi mengenalpasti identiti lelaki dalam Video rakaman terbabit.

MAGARAN juga mendakwa, isu ini amat penting agar rakyat tidak terkeliru dalam memilih Pemimpin yang bakal menerajui Negara di masa akan datang.

Sebelum ini, Video ini yang telahpun tersebar kepada orang ramai melalui Laman Youtube didedahkan oleh Datuk Trio T. Malah salah seorang daripada mereka iaitu Datuk Eskay telah menjelaskan identiti lelaki di dalam Video berkenaan adalah Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Namun, Dato' Seri Anwar telah menafikan sekeras-kerasnya dan mendakwa ianya satu konspirasi jahat bagi menjatuhkan maruah beliau dan Pakatan Rakyat.

Ulasan

Catatan Popular