21 Ogo 2011

Innalillah : U Azizi Abdullah Kembali Kerahmatullah
chedet21 Ogo 2011 2 Komentar


Azizi Hj. Abdullah, sasterawan yang telah memenangi banyak anugerah sastera telah kembali ke rahmatullah pagi ini.
Allahyarham telah dirawat di Hospital Besar Pulau Pinang sejak enam bulan lalu akibat tekanan darah tinggi dan komplikasi buah pinggang.
Kediaman Allahyarham di Taman Bersatu, Kulim, Kedah dan setakat ini masih belum diketahui di mana Allahyarham akan disemadikan.
Allahyarham dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda, Kedah pada 4 April 1942 dan mula mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Bukit Meryam dan Sekolah Melayu Kota Kuala Muda, Kedah sehingga darjah enam.

Sedikit Biodata Allahyarham...

AZIZI HJ. ABDULLAH (Hj. Azizi bin Hj. Abdullah) dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda Kedah, pada 4 April 1942. Mula mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Bukit Meryam dan Sekolah Melayu Kota Kuala Muda, Kedah sehingga darjah enam.

Kemudian belajar di Sekolah Agama Dairatul Maarif Al-Wataniah, Kepala Batas Seberang Perai (Sekolah yang diasaskan oleh Tuan Guru Hj. Ahmad Badawi, ayahanda kepada Datuk Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri sekarang) hingga tahun 1965.

Azizi mula menulis ketika di sekolah agama, kira-kira dalam tahun 60-an apabila artikel pertamanya tersiar dalam Warta Negara, Pulau Pinang berkenaan buruk baik wanita bermain bola sepak dan kemudian diikuti cerpen ‘Sisa’. Manakala cerpen ‘Hj. Salikun Cuba Berkhalwat’ telah menjadi kontroversi sehingga Azizi hendak didakwa di mahkamah.

Azizi mula bertugas sebagai guru agama di Sekolah Kebangsaan Sungai Taka, Serdang, Kedah dalam tahun 1965 dan bermulalah kesuburan bakat beliau melalui penulisan cerpen di akhbar-akhbar, terutama akhbar terbitan Utusan Melayu.

Azizi telah bersara daripada guru agama pada tahun 1997 dan kini menjadi Ketua Editor akhbar Utusan Pengguna (CAP) Pulau Pinang dan penulis kolum majalah.

Dengan terhasilnya novel KAWIN-KAWIN, bererti sudah 25 novel yang ditulis oleh Azizi sejak tahun 60an lagi di samping hampir 200 cerpen.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

2 ulasan:

  1. Innalillah.. perginya ke dunia yang fana yang indah tidak ada kepura-puraan

    BalasPadam
  2. Saya teringat Penang masa Warta Negara, Azizi temankan saya cari warung di Penang Road. Masa itu saya saja jalan-jalan makan angin, jumpa rakan penulis. Tempat yang Azizi kerja ada kaitan dengan kerjaya saya ketika di Pulau Tikus (1981) buat majalah di bawah Institut Masyarakat Berhad, di bawah Dr Lim Teck Ghee, Dr Martin Khor, Ramli Samad (rajin tulis dalam Siasah) adiknya Adam Samad (tak tahu di mana la ni).Alfateha...kelucuan dalam ingatan.

    BalasPadam

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.