6 AHLI PSM AKAN DICAJ JUMAAT NIE


KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dibebaskan Jumaat lalu daripada tahanan di bawah Ordinan Darurat, akan dicaj di Butterworth esok kerana memiliki bahan-bahan subversif.

Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar  mengesahkan perkara itu hari ini.
“Saya baru menerima panggilan daripada peguam saya, polis ada mengatakan bahawa mereka akan mengeluarkan waran tangkap jika kami tidak muncul esok,” kata beliau.

“Kami akan hadir, biar mereka mendakwa kami dan kita akan lihat ke mana kita akan pergi dari sana,” kata beliau lagi.

Ragunath Kesavan, salah seorang peguam mewakil mereka berkata, keenam-enam pemimpin terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 48 Akta Pertubuhan dan Seksyen 29 Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Jumaat lalu, selain Dr Jeyakumar, lima yang lain iaitu setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, A.P.Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33 dan M.Sukumaran, 50, timbalan pengerusi PSM, M. Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R. Sarat Babu, 25, telah dibebaskan tanpa sebarang syarat.

Mereka ditahan sejak 2 Julai lepas di Seberang Prai, Pulau Pinang mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan).

Sebelum itu, mereka ditahan bersama 24 yang lain dalam sebuah bas persiaran di Plaza Tol Sungai Dua, Kepala Batas pada 25 Jun dan didakwa di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana cuba melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong.

Ulasan

Catatan Popular