(UPDATE) PEMUDA DPPWM YANG DITAHAN LOKAP... DIBEBASKAN

5.30 pm...

Alhamdulillah... Ayahanda dan sahabat telah dibekaskan oleh pihak polis dan telah dibebaskan dari tuduhan memakai baju kuning... nampaknya memang polis saja nak menakut-nakutkan kita dan semamangnya tiada mana-mana peruntukan undang-undang menghalang orang ramai memakai baju.

2.30 pm....

Baru pulang dari balai polis Dang Wangi bagi mendapatkan perkembangan terbaru sahabat Pemuda Wanngsa Maju... mengikut I/O Ins Yanti (bujang lagi orang Sabah) menyatakan yang Ayahanda belum lagi dapat dibawa ke Mahkamah kerana tak tau nak dakwa beliau atas kesalahan apa... polis pun sudah pening!!!

11.00am....

Menurut lawyer kita,Lawyer Zamri memaklumkan bahawa Ayahanda dan sahabat Titiwangsa kemungkinnan besar akan dibebaskan dan tidak dibawa ke mahkamah. Beliau try call I/O Ins Yanti tapi tidak berangkat, Lawyer kita yang ditugaskan di Mahkamah Jalan Duta akan memaklumkan sekiranya ayahanda akan dibawa ke Mahkamah persekutuan Jalan Duta.

Apapun kita doakan yang terbaik buat mereka. Aminnn.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Berita Sebelum...

Seorang Pemuda Pas Wangsa Maju yang telah direman semalam akan dihadapkan ke mahkamah pagi ini atas kesalahan memakai baju kuning masih lagi ditahan di lokap Balai Polis Dang Wangi. Setakat ini, I/O Inspector Yanti Kasdi di Jalan Duta masih gagal dihubungiuntuk mendapat maklumat terkini masa dan tarikh mereka akan dibawa ke Mahkamah Persekutuan Jalan Duta

Beliau yang ditahan polis ketika melalui satu sekatan jalanraya dihadapan Hospital Besar Kuala Lumpur kerana hanya memakai baju berwarna kuning kira-kira jam 10.15 malam tadi. Beliau yang turut dikenali dengan panggilan mesra sebagai ayahanda turut ditahan bersama-sama dengan seorang pemuda Pas Titiwangsa.

Mereka yang dalam perjalanan ke Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut ditahan pihak polis atas alasan memakai baju berwarna kuning tanpa ada tertera perkataan 'BERSIH'.

MENYUSUL LAGI
... celakak punye polis tahap gaban dah nie...

Ulasan

  1. Ada ke dalam mana-mana kanun di Msia atau mana-mana dalam dunia ni yang kata salah pakai baju kuning...?

    BalasPadam
  2. jika ayahda dibebas tanpa disabit kesalahan, bolehkah pihak waris atau beliau menyaman mangkuk hayun tu..? aku pun tak faham sangat undang2 ni.

    BalasPadam
  3. saman no probLm bro,masaLah nye masih ade Lagi hakim d dahi nye cap UMp0rNO,tu psL besok kita kena turun,hanya dgn kuasa rakyat je gam d cap tu akn Lekang maaa...

    BalasPadam
  4. ayahanda pohon maaf dari anakanda semua

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular