TARIK BALIK 'HARAM' BERSIH 2.0 : NAIB PRESIDEN PAS

KUALA LUMPUR, 6 Julai — Tindakan membebaskan semua tahanan termasuk yang ditahan dibawah ordinan darurat harus dibuat ekoran titah Yang di-Pertuan Agong Tunku Mizan Zainal Abidin agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0, diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.

Selain itu, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, langkah Yang di-Pertuan Agong mengadakan pertemuan dengan jawatankuasa pemandu Bersih termasuk pengerusi Datuk Ambiga Sreenevasan membuktikan gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu bukan pertubuhan haram seperti mana yang didakwa Kementerian Dalam Negeri.

“Ya, sepatutnya apabila Yang di-Pertuan Agong telah bertitah dan memberi pandangan baginda dalam isu ini dan baginda tidak mengatakan Bersih adalah pertubuhan haram malah baginda juga meminta kerajaan sedia ada menyelesaikan perkara ini secara baik.

“Kalau Bersih ini pertubuhan haram, mengapa Yang di-Pertuan Agong mahu kerajaan berunding untuk mencari jalan penyelesaian? Malah baginda juga perkenan untuk membenarkan Bersih menghadap baginda untuk berbincang.

“Jadi atas hujah ini tidak timbul Bersih adalah pertubuhan haram atau sebagainya dan apa jua tindakan yang dilakukan Kementerian Dalam Negeri dan polis sangat bertentangan dengan amalan demokrasi dan kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata

Oleh itu, tegas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu semua mereka yang ditahan perlu dibebaskan serta-merta dan semua pengharaman yang dibuat ke atas Bersih harus ditarik balik.

“Sesiapa sahaja yang ditahan dalam isu Bersih ini harus dibebaskan serta-merta kerana ia bertentangan dengan hasrat dan titah Yang di-Pertuan Agong.

“Malah semua pengharaman termasuk kemeja-T Bersih 2.0 juga harus ditarik balik,” katanya.

..... jenis bangsa tak reti bahasa....

Ulasan

Catatan Popular