1 Jul 2011

SOLAT HAJAT AGAR ALLAH LAPANGKAN HATI IGP
abu nu'man1 Jul 2011 2 Komentar

Di sebalik segala hambatan dan tekanan ke atas penganjuran BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini, jawatankuasanya masih berusaha mencari jalan perdamaian dengan pihak berkuasa.

Menurut pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga, mesyuaratnya dengan Tan Sri Ismail Omar berjalan dalam suasana 'mesra' meskipun Ketua Polis Negara itu melahirkan kebimbangannya jika perhimpunan aman itu diteruskan.

"Kami maklumkan kepada beliau, kami akan melakukan sedaya upaya bagi memastikan perhimpunan itu adalah aman... Sebab itu, kami cadangkan kepada polis untuk memutuskan jalan yang patut kita lalui dan kita akan ikut semua arahan mereka,” katanya kepada wartawan di Bukit Aman selepas mesyuarat berkenaan.

Ambiga, diiringi ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah semasa pertemuan itu berkata Ismail membisu mengenai cadangan itu tetapi tetap optimistik.

Katanya, mereka juga meminta Ismail mempertimbangkan cadangan berkenaan dan meminta pertemuan kedua dengan ketua polis negara minggu depan bagi mendapatkan maklum balas berhubung permintaan mereka.

Beliau tak kata tidak dan saya fikir saya agak kelapangan untuk membuat temujanji untuk berjumpa IGP minggu depan.


"Kami buat cadangan dan minta polis mempertimbangkannya.

“Kami minta mereka, polis... Awak pilih satu lokasi di KL ke Taman Jaya atau mana-mana. Awak pilih, kita akan patuhi.”

..... So kita pakat solat hajat mintak Allah bukakan hatinya dan tidak mengikut telunjuk BN kerana tuan empunya hati adalah Allah Taala ...

“Ya Allah! Ya Tuhanku! Yang membolak-balikkan hati! Tetapkanlah hatiku di atas landasan agama-Mu.”
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

2 ulasan:

  1. bro masaLah nye,KCU Lebeh tingi dr IGP !
    (KCU=ketua cawangn harm jadah umporno)

    BalasPadam
  2. ahhhhhhhh....semua haram jadah

    BalasPadam

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.