SEJAK BILE NAJIB CONCERN PERUK NASI KITE?

KUALA LUMPUR, 26 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meneruskan justifikasi beliau dengan yang terbaru berkata menjadi tanggungjawab kerajaan bagi melindungi kepentingan dan harta benda masyarakat umum.

Najib berkata perhimpunan 9 Julai lalu di ibu negara telah menunjukkan rakyat menolak sebarang tindakan yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

“Insiden terbaru di Kuala Lumpur baru-baru ini telah menyagikan kita dengan ujian penting.

“Keputusan kita sebagai kerajaan adalah untuk melindungi kepentingan dan harta benda masyarakat umum yang bergantung mata pencarian mereka di Kuala Lumour,” katanya dipetik Bernama Online malam tadi.

Najib berkata dengan membenarkan satu kumpulan mengadakan demonstrasi, maka ia akan memberi peluang kepada pihak lain menggunakan kaedah sama untuk menimbulkan peristiwa menggemparkan atau isu kontroversi yang mendapat perhatian awam.

Ulasan

Catatan Popular