PERKASAM CABAR PAS LETAK LEBIH CALON... LU SAPA NAK CABAR KAMI!!

KUALA LUMPUR 26 Julai – Pas dicabar meletakkan calon dalam lebih 130 kerusi Parlimen daripada 222 di seluruh negara pada pilihan raya umum akan datang jika berhasrat untuk menggantikan UMNO sebagai kerajaan yang menjaga kepentingan Islam dan Melayu.

Cabaran itu disuarakan Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Daerah Kota Setar, Datuk Yusof Ismail (gambar )sebagai mewakili seramai 4,500 ahli di sekitar daerah itu.

Menurutnya, jika Pas dapat meletakkan calon di lebih 130 kerusi Parlimen, Perkasa bersedia untuk memberi sokongan kepada parti tersebut kerana mendahului jumlah calon dalam dua lagi parti dalam Pakatan Rakyat.

“Bagaimanapun, sebelum Perkasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi itu, kami juga mahu Pas kembali menjadi parti tunggal yang memperjuangkan Islam di negara ini.

“Ini kerana, Perkasa sebelum ini melihat Pas telah membantu kerajaan dalam mewujudkan Malaysia sebagai negara Islam yang maju melalui kritikan-kritikan pedas selain perjuangan solo tanpa bantuan parti lain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan pengendali blog RBF online yang mencabar Pas supaya berani berhadapan dengan DAP dalam menuntut jumlah kerusi lebih besar pada pilihan raya umum akan datang.

Yusof memberitahu, Perkasa Kota Setar khususnya turut kecewa dengan tindakan pemimpin tertinggi Pas yang gagal mempertahankan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak gara-gara mengikut DAP.

Ulasan

Catatan Popular