PERHIMPUNAN ANAK KELANTAN 30 JULAI..WAR-WARKAN

KOTA BHARU, 25 Julai: Bagi anda yang merantau tentunya jarang dapat bersua muka dan mendengar sendiri penjelasan pelbagai isu daripada pimpinan kerajaan Kelantan.

Kebiasaannya hanya kesempatan pulang berhari raya sekali setahun dijadikan medan bertemu dengan pemimpin pada program Aidil Fitri.

Namun suatu kelainan dicetus tahun ini, di mana menjelang Ramadan ini kerajaan negeri akan menganjurkan program Himpunan Anak Kelantan di perantauan pada 30 Julai ini.
Program berkenaan akan diadakan di Stadium MPPJ, Kelana Jaya, Selangor.

Program bermula jam 9 pagi hingga 12 malam malam itu bertujuan merapatkan hubungan pimpinan kerajaan negeri dengan anak-anak Kelantan di perantuan. ..


 Program interaktif bersama pimpinan akan disertai Menteri Besar, timbalannya, Dato’ Ahmad Yakob dan dua anggota Exco, Dato’ Husam Musa dan Dato’ Mohd Amar Abdullah pada jam 9 malam.
”Kerajaan negeri berharap anak-anak Kelantan di Lembah Klang dapat meluangkan masa menghadiri program tersebut bagi merapatkan lagi hubungan silaturahim,” ujarnya.

Ulasan

Catatan Popular