PEMBEBASAN AHLI PSM SELARAS UNDANG-UNDANG NEGARA... NAJIB MENIPU LAGI...


KUALA LUMPUR, 29 Julai — Semalam Najib berkata kerajaan menerima baik keputusan polis membebaskan enam aktivis PSM termasuk Dr Jeyakumar, yang ditahan di bawah Ordinan Darurat selama 28 hari berdasarkan pengamatan dan siasatan yang dilakukan oleh polis.
 
Sementara itu Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar menyanggah kenyataan Najib dan menegaskan bahawa keputusan Putrajaya membebaskan keenam-enam mereka adalah langkah politik dan bukannya kerana tindakan profesional polis.

“Mereka (BN) semakin kehilangan populariti dan sokongan rakyat memandangkan ia sangat tinggi kos dari segi politik bagi mereka untuk kekal menahan kami (di bawah Ordinan Darurat),” kata beliau kepada pemberita selepas berucap di hadapan penyokongnya di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur di sini.

Justeru Dr Jeyakumar memberitahu, beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang semalam bahawa pembebasan mereka adalah selaras dengan undang-undang negara dan keputusan itu dibuat berdasarkan pemerhatian polis.

“Tidak, ia sudah tentu disebabkan tekanan daripada rakyat. Seleps lebih sebulan, tiada petanda sokongan awam kepada kami menurun, sebaliknya, ia mengalami peningkatan.

“Orang ramai berjalan, berpuasa di semua tempat. Ia menjadi satu keadaan (berisiko) yang terlalu besar bagi mereka,” kata beliau lagi.

Dr Jeyakumar menambah, Najib mengambil langkah bijak dengan membenarkan mereka dibebaskan sebelum keadaan bertambah buruk ke atas kerajaan.

“Ini bukan kerana polis sudah sedar ataupun menjadi jujur dan profesional. Tidak, mereka tidak,” katanya lagi.

Kata beliau, polis meletakkan keenam-enam mereka dalam tahanan untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia daripada menyuarakan pandangan mereka.

“Tetapi ia tidak menjadi. Orang ramai berani dan disebabkan mereka, saya bebas hari ini,” kata wakil rakyat penggal pertama ini.

Ulasan

  1. Kalau dah keling tu keling jugak. Dah dibebas dek kerajaan tak bersyukur dan berterima kasih. Nak menyalahkan lagi Najib.Patut jangan dikeluarkan keling bedebah ni biar dia puasa sampai mati. Apa pasal pulak undang2 takut kat Jeyakumar...apa dia nabi ke? bANGSA TAK SEDAR DIRI,...PATUT POLIS BALUN DIA CUKUP2 BATU API NOMBOR SATU PATUTLAH DIA NGAM DENGAN MAT SABU...MULUT PENOH DENGAN RACUN ULAR SENDOK.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular