PRESIDEN NAK DAKWAT KEKAL... MURSYIDUL AM BIOMETRIK... KESIMPULANNYA...

PAS berpendirian bahawa Suruhanjaya PIlihan Raya (SPR) wajar menggunakan dakwat kekal berbanding sistem biometrik dalam pilihan raya umum akan datang.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya berpendirian bahawa penggunaan sistem biometrik bukan penyelesaian terbaik mengatasi isu pengundi hantu.

“PAS tetap berpendirian untuk mendesak supaya SPR menggunakan dakwat celup jari ketika mengundi bagi membasmi pengundi hantu dan juga pengundi yang mengundi banyak kali dalam setiap pilihan raya,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan menerusi blognya semalam.

“Begitu juga pendaftaran pemilih secara automatik,” kata Ahli Parlimen Marang ini sambil menambah, “kita pelik bagaimana SPR boleh bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara dalam pengendalian biometrik ini, tetapi tidak boleh bekerjasama dalam mengendalikan pendaftaran pemilih secara automatik.”

Kedua-duanya merupakan antara isu yang menjadi tuntutan Bersih 2.0.

PKR juga melahirkan pendirian yang sama Ahad lalu.

Hadi juga menambah, sistem biometrik masih boleh dimanipulasikan oleh pihak yang mengendalikannya terutamanya pegawai yang bertugas di pusat mengundi.

“Cadangan SPR untuk menggunakan kaedah biometrik bagi menyelesaikan isu pengundi hantu dan pengundi bertindan bukan penyelesaian yang sebenar.

“Malah ia juga terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana hanya segelintir yang ada kepakaran dan terlibat dalam mengendalikan sistem ini,” katanya.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong sistem biometrik yang akan digunakan pada pilihan raya umum akan datang jika terbukti boleh membawa “kebersihan” dan tiada penyelewengan dalam pelaksanaannya.

.... so kesimpulannya... dua-dua BETUL...... kita sokong SPR nak guna biometrik tetapi dengan syarat dakwat kekal wajid dilaksanakan juga dalam pilihanraya di Malaysia.... SO JANGAN GADUH-GADUH AHLI PAS DAN PR....

Ulasan

  1. .... betul tue... jgn terpengaruh dengan paper yg cube memecahbelahkan kekuatan PAS.... korang nie mcm biasa tak kene tipu je dengan paper...hahahahaha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular