PRESIDEN & TIMB WAJIB JADI WAKIL KE ISTANA... TG HADI KAMCENG NGAN SULTAN

PAS mengambil keputusan untuk mengadap Seri Paduka Yang DiPertuan Agung bagi mempersembahkan hasrat rakyat berhubung tuntutan BERSIH bagi membaik pulih demokrasi dan sistem pilihanraya negara ini.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya dihadapan puluhan ribu hadirin dalam ceramah umum 'PAS Ganti Umno' (PGU) yang diadakan di Ladang dekat sini, semalam 3 Julai.

"Hadirin sekelian, sekarang kita dengar hasutan itu, hasutan ini, keadaan kita tengok sini kena tangkap, sana kena tangkap,

"Maka kami (PAS Pusat) memutuskan telah hantar berita awal, iaitu (Dato' Seri) Tuan Guru Abdul Hadi Awang, saya, Dr. Syed Azman (dan) mungkin dicadang beberapa orang (pemimpin) akan mengadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung (SPBYDPA),"ujarnya disambut dengan laungan takbir oleh para hadirin.

Menurutnya, rombongan dari PAS itu akan mengadap dalam masa yang terdekat.

Beliau berkata, pandangan SPBYDPA, sebagaimana titah baginda yang dikeluarkan pada hari ini adalah amat baik.

"(Baginda) minta jaga ketenteraman awam, menjaga keselamatan rakyat, dan jangan menimbulkan sebarang kerosakkan harta benda dan keamanan,

"inilah Raja Berperlembagaan, yang betul-betul menjadi orang tengah dalam menyelesaikan kemelut yang ada sekarang ini,"jelasnya.

Katanya, permohonan awal dari PAS telah pun dihantar kepada pihak SPBYDPA dan maklum balas akan diketahui samada esok atau lusa.

Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengeluarkan titah baginda setelah berlaku penangkapan beramai-ramai rakyat yang dilakukan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional berkait dengan perhimpunan BERSIH 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai depan.

.... Kami berharap Presiden & Timbalan akan menjadi wakil bagi PAS untuk berjumpa dengan Agong... TG Hadi kan kanceng ngan Sultan Mizan....



Ulasan

Catatan Popular