15 Jul 2011

PAS FAIL SAMAN POLIS & MDN LEPAS JUMAAT NI...
abu nu'man15 Jul 2011 0 Komentar

KUALA LUMPUR, 15 Julai — Mendakwa penahanan tanpa sah, PAS akan memfailkan kes saman sivil — yang pertama berkisar perhimpunan Bersih 2.0 ke atas polis dan Menteri Dalam Negeri di Mahkamah Tinggi Shah Alam petang ini.

Ketika dihubungi, Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Selangor Zainal Said berkata, saman itu dibuat kerana pihak berkuasa telah menahan seorang ahli parti Islam itu, tindakan yang disifatkan sebagai tidak mengikut undang-undang.

Musafri Abdullah Azmi, 27, telah ditahan pada 24 Jun lalu kerana memiliki kemeja-T yang tertulis perkataan Bersih 2.0 di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan, Padang Jawa di Klang.

“Petang ini kita mewakili seorang ahli kita yang ditahan kerana memilik baju Bersih 2.0, dia telah ditahan secara salah.

“Saman sivil ini dibuat kerana kita mahu tuntut ganti rugi dan mahu barang-barang yang dirampas dikembalikan semula kepada ahli kita,” kata Zainal.

Kata Zainal, pihaknya menamakan pegawai penangkap, Ketua Polis Shah Alam ACP Zahedi Ayob dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai defendan.

Tindakan petang ini merupakan yang pertama dalam siri saman yang hendak dibawa oleh PAS, kata Setiausaha Lajnah Undang-undang parti itu, Abang

Ahmad Kerdee Abang Masagus ketika dihubungi The Malaysian Insider.

“Kami memutuskan untuk memfailkan kes di Selangor hari ini sebab kes pertama penahanan berlaku di Selangor, selepas Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengisytiharkan bahawa bahan-bahan berkaitan Bersih 2.0 adalah haram,” kata beliau.

“Kes yang dibawa hari ini berkaitan dengan tahanan praperhimpunan Bersih, selepas ini akan ada banyak lagi kes,” kata beliau lagi.

Semalam, Juham Dewan Pemuda PAS pusat telah melancarkan kempen Aduan Keganasan Polis 9/7 yang bertujuan untuk mengumpul segala maklumat daripada orang awam berkaitan salah laku dan keganasan yang dilakukan oleh pihak polis dalam perhimpunan aman Bersih 2.0 di sekitar Kuala Lumpur Sabtu lalu.

Sementara itu, Pengarah Juham Dewan Pemuda PAS pusat Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi berkata melalui saman sivil itu pihaknya mahu mahkamah mengisytiharkan bahawa segala bentuk penahanan dan rampasan dilakukan pihak berkuasa dalam isu Bersih 2.0 bertentangan dengan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

“Kita nak mahkamah beri satu deklarasi bahawa penahanan ahli kita ini salah di sisi undang-undang sebab tiada undang-undang kata memakai baju itu salah, yang salah tidak pakai baju.

“Kita juga mahu mahkamah beri satu deklarasi bahawa segala yang dirampas dipulangkan dan rampasan yang dibuat itu adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang serta perlembagaan,” katanya.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.