25 Jul 2011

PAKATAN AKUR SETUJU TERIMA SISTEM BIOMETRIK
abu nu'man25 Jul 2011 3 Komentar

Pakatan Rakyat akhirnya akur dengan keputusan kerajaan untuk menggunakan sistem biometrik pada pilihan raya umum ke-13 sekiranya kerajaan juga turut akan menggunakan dakwat kekal (concurrent).

Walaubagaimanapun, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menolak sekeras-kerasnya sistem biometrik kerana tidak menjamin elemen satu orang satu undi semasa pilihan raya.

“Kita perlu menentang sistem ini. Sudah menjadi tanggungjawab rakyat memastikan negara bersih dan adil,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran slogan Selangorku di sini malam tadi.

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mewujudkan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya.

Beliau berkata, ia adalah salah satu usaha untuk memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus dan adil.

“Pelaksanaan sistem biometrik ini juga akan dapat mengatasi dakwaan-dakwaan bahawa wujudnya pengundi hantu pada pilihan raya di negara ini,” katanya.

Najib juga berkata kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada suruhanjaya itu bagi mewujudkan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya.

Salah satu tuntutan Bersih 2.0 baru-baru ini ialah menggunakan dakwat kekal, yang sepatutnya digunakan ketika pilihan raya umum 2008 tetapi dibatalkan pada saat-saat akhir.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

3 ulasan:

  1. Presiden PKR tak perlu campurtangan dlm SPR sebab pemilihan PKR sendiri tak adil. Tukar nama parti dgn buang nama adil. Malulah nak mengajar org lain sedangkan parti sendiri tak betul.

    BalasPadam
  2. PKR tu kecil jer,mungkin sekiranya pilihanraya Malaysia bersih,adil dan telus akan menyebabkan pemilihan di Kubang Pasu berjaya membawa Chedet ke perwakilan umno...Ahli KB 3000 tapi yang buang undi 3408 huhu,cap jari kalu setel jin,hantu dan jembalang

    BalasPadam
  3. mmg penipu akan terus berusaha untuk menipu

    BalasPadam

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.