RAMAI TERLEPAS MAGHRIB ...MALAYSIA GAGAL KE PERINGKAT SETERUSNYA
Singapura berjaya mengikat Malaysia dengan jaringan 1-1di Bukit Jalil pada perlawanan di pusingan kedua sekali gus melayakan Singapura ke peringkat seterusnya pada perlawanan bola sepak kelayakkan piala dunia 2014 dengan aggregat 6-4 di depan hampir 90,000 penonton. Walaupun Malaysia berjaya mendahului gol permata pada minit ke ke 57 hasil lorongan dari Gunalan yang disempurnakan oleh Safee Sali terus gawang Singapura. Namun akibat dari hantaran jauh pemain Singapura berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 72 oleh Shi Jiayi. lebih malang pasukan negara menutup perlawanan dengan 10 pemain selepas pemain gantian, Ahmad Fakhri Shaarani dilayang kad merah pada minit ke-93.Walaupun asakan demi asakan dilakukan namun pertahanan Singapura berjaya mematahkan setiap serangan yang dilancarkan sehingga ke wisel penamat.
Tahniah buat Singapura yang pandai berlakon dengan kecederaan manakala Malaysia juga perlu dipersalahkan akibat persembahan yang tidak menarik. Nasib baik penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi (ore kawe) bermain cemerlang, kalau tidak Malaysia bolos dengan banyak lagi.
Apa-apa pun, terima kasih kepada semua terutamanya kepada penyokong-penyokong Malaysia yang datang ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Tapi agak kecewa kerana ramai yang jama' takyah Maghrib...
Malaysia layak ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia selepas menyingkirkan Chinese Taipei di pusingan pertama manakala Singapura mendapat bye.
Ulasan
Catat Ulasan