MALAYSIA BOLEH! ASHRAF AKAN TERUS BERJUANG UTK TUKAR JANTINA

KUALA LUMPUR, 20 Julai — Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz yang gagal menukar nama dan status jantina dalam MyKad kepada Aleesha Farhana selepas ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengakui tertekan dengan pandangan negatif masyarakat terhadapnya.

Bagaimanapun kata Ashraf, 25, ia tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus memperjuangkan hasratnya itu.
Sambil menyatakan mahu membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu, dalam sebak, Ashraf yang lebih mesra dipanggil “Aleesha” berkata, jika masyarakat tidak dapat menerima keadaannya berdasarkan pelbagai kutukan dan hinaan yang diterima termasuk menerusi laman sosial Facebook, dia rela dibunuh jika itu penyelesaian terbaik.

“Suka atau tidak, perjuangan perlu diteruskan sehingga semua wadah perundangan tiada lagi.

“Ramai mahu saya berdiam diri daripada masalah ini, tetapi saya mahu kehidupan yang aman,” katanya dipetik Berita Harian hari ini.

Ashraf, yang ditemui di Kuala Terengganu, membuat permohonan menukar jantina di Mahkamah Tinggi 25 Mei lalu bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran, selain kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita dengan status lelakinya.

Menceritakan punca permohonannya ditolak, dia mengakui tidak mendapat bantuan perundangan yang kukuh ketika mengemukakan permohonan.

Malah katanya, ketika peguam Horley Isaacs menawarkan diri membantu, pendengaran kes itu sudah sampai penghujung.

Berkongsi kesedihan ditanggung anaknya itu, menurut laporan Berita Harian juga, ibu Ashraf yang mahu dikenali sebagai Mak Yah berkata masyarakat mudah melemparkan cacian kepada keluarganya tanpa memahami perasaan mereka.

Mak Yah dari Kampung Telaga Daing di sini, berkata sejak kes anaknya dilaporkan media, dia dan suami, Abdul Aziz mendapat kritikan dan cemuhan masyarakat yang melabelkan mereka ibu bapa tidak bertanggungjawab.

“Hinaan itu sangat pedih, seolah-olah kami membelakangkan Allah dengan menyokong keputusan Ashraf membuat pembedahan menukar jantina,” katanya sambil mengesat air mata dengan kain tudungnya.

Mak Yah berkata, walaupun ciri kewanitaan Ashraf dikesan sejak bayi, mereka tetap terkejut apabila mengetahui anak lelaki sulungnya itu membuat pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009.

Ulasan

  1. Penilaian dari sumber2 yg x berape tepat pasal mamat/minah ni:

    1- Kita tak tahu samada dia khunsa atau tidak.

    2- kemaluan kecil tu kecil yg mcm mana? underdevelop medically, dan dia mmg khunsa atau nampak kecik sbb banding dgn kemaluan org lain? in simple word, maksud kecik tu underdevelop sbb khunsa ke atau sbb lain.

    3- jika disahkan khunsa, maka fatwa Majma' Fiqh al-Islamiy mmg benarkan tukar jantina mengikut jantina yg prominent pada diri khunsa.

    4- di mana dia buat operation tukar jantina tu? kalau dia buat di negara Ahlu Sunnah wal Jamaah (ASWJ) berkemungkinan dia khunsa, sbb di negara Ahlu Sunnah wal Jamaah hanya khunsa saja yg dibenarkan buat operation (melainkan jika si Doktor langgar fatwa Majma' Fiqh al-Islamiy), ni Doktor yg bedah dia kena bgtau dgn clear ni dia ni apa kes khunsa ke atau tak.

    5- jika dia buat operation di Iran (negara Syi'ah laknatullah), maka kemungkinan besar dia bukan khunsa, tapi 'mak nyah'. Pakcik Khomeini - laknatullah - mmg benarkan 'mak nyah' tukar jantina dlm fatwa sesat beliau, dan mmg ramai warga iran dan 'mak nyah' serta 'pak nyah' di luar Iran dtg ke Iran utk tukar jantina sbb fatwa pakcik laknatullah ni tukar jantina adalah halal di Iran.

    6- jika dia mmg khunsa, dan telah buat operation tukar jantina. Mahkamah patut luluskan nama ditukar , bahkan segera ditukar.

    7- maka kita tak bleh komen apa-apa sgt tntg dia ni, sbb maklumat tak cukup. Dia ni khunsa atau 'mak nyah' . Maka better kita diam aja, dari ulas dan mendpt dosa free

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular