MALANG BUAT MALAYSIA... NAMUN MASIH ADA HARAPAN
SINGAPURA, 23 Julai – Skuad Harimau Malaya tewas 3-5 di tangan pasukan Singapura dalam pertemuan pusingan kedua kelayakan Zon Asia Piala Dunia 2014 di sini malan ini.
Malaysia ketinggalan 1-4 pada separuh masa pertama tetapi dapat bangkit untuk merapatkan perbezaan gol.
Malaysia dan Singapura akan bertemu di Kuala Lumpur kemudian.
Kedua-dua pasukan akan bertemu di Stadium Nasional Bukit Jalil Khamis ini.
Meskipun tewas 3-5 malam ini di Stadium Jalan Besar, Malaysia masih ada peluang untuk layak ke pusingan seterusnya jika dapat menewaskan Singapura dengan jaringan tiga gol selain menghalang pasukan negara jiran daripada menyumbat jaringan minggu depan.
Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Mohd Safee Sali pada minit pertama dan ke-71 dan Amirul Hadi Yahya minit ke-70.
Dalam pada Singapura memperoleh gol menerusi Aleksandar Duric, Qiu Li, Mustafic Fahrudin dan Jia Yi Shi.
Laporan Bernama Online menyebut, pasukan Harimau Malaya seakan-akan melangkah dengan gahnya apabila penyerang Safee berjaya menjaringkan gol hanya dalam tempoh 24 saat selepas perlawanan bermula.
Namun pemain Singapura Duric menyempurnakan sepakan percuma dari luar kotak penalti Malaysia pada minit ketujuh untuk Singapura menyamakan kedudukan 1-1.
Pasukan Malaysia cuba menyerang namun pertahanan Singapura dapat menangkis serangan demi serangan yang dilakukan oleh Harimau Malaya.
Malaysia terpaksa bermain dengan 10 orang pemain apabila ketua pasukan Shafiq Rahim dilayangkan kad merah kerana mengasari Qiu Li pada minit ke-50.
Namun Duric menghasilkan gol kelima Singapura pada minit ke-80 bagi memberikan kemenangan Singapura 5-3 ke atas Malaysia.

Ulasan
Catat Ulasan