(LENSA DPPWM) : REMAJA PATAH KAKI DISEPAK FRU! (VIDEO)
Mangsa diperlakukan dengan kejam dengan tangan terikat
Seorang pemuda yang turut menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0 telah dikasari oleh sekumpulan FRU dengan menendang tepi betisnya sambil tangannya terikat dengan 'cable tight' yang mengakibatkan tulang betisnya patah. Dia ditangkap dan dikasari sedemikian rupa ketika beliau cuba menyelamatkan diri dari ditangkap pihak polis di kawasan Hentian Pudaraya berhampiran Hospital Tung Seng.Orang ramai yang berada disitu cuba menolongnya dengan mendapatkan pisau bagi memotong 'cable tight' polis yang ada pada tangannya setelah polis yang menahannya membiarkan pemuda itu ditepi jalan setelah menyedari yang pemuda itu cedera.
Kesan kotor but FRU pada seluar tempat tulang betisnya patah dikasari oleh FRU.
Akhirnya 'Cable tight' polis berjaya dipotong oleh orang ramai selepas kire-kire 10 minit beliau terbaring ditepi jalan tanpa dihiraukan oleh pihak polis.
Orang ramai terpaksa meminta teksi menghantarnya ke HKL bagi mendapatkan rawatan selepas polis enggan menggunakan traknya utk menghantar mangsa mendapatkan rawatan
Mangsa meraung yang kesakitan ketika cuba meletaknya di seat belakang teksi
Terima kasih kepada pemandu teksi yang berbangsa india yang sudi menghantarnya ke HKL dengan upah RM5 yg diberikan orang ramai kepada driver itu.
nak tgk berita ni dlm youtube : SINI
.... tuan-tuan buat le rumusan sendiri... siapa yang jahat dan kejam terhadap peserta yang tidak berdaya??
apa pun tahniah pada beliau... moge semangat maki terus membara utk menegakkan keadilan di Malaysia
BalasPadamEleh belakon je tue lebih, nak lepaskan diri dari dibawa ke lokap
BalasPadamLutut dia terpusing teruk. Harap ada unit amal yang ambil tau nasib dan kebajikan beliau
BalasPadamadat perjuangan..tapi yang menginyai orang tentu kena ingat ..esok mati masuk dalam tanah..ingat hisab dari tuhan kamu.
BalasPadamPolis is Bangsat.
BalasPadam