KELIBAT ABG MAT DI KLCC... KL CENTRAL.... TIMES SQUARE...

Mohamad atau lebih mesra dengan panggilan “Mat Sabu” (gambar) ketika dihubungi  berkata beliau berada di Kuala Lumpur, namun tidak mendedahkan lokasi sebenar.

“Sudah ada di Kuala Lumpur, itu sahaja... apa-apa kita tunggu sahaja macam mana,” jawabnya ringkas.

Jawapan sama turut diberikan Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

“Dalam Kuala Lumpur, di mana sahaja,” jawabnya.

Menurut perkembangan terbaru Bersih 2.0, gabungan 62 pertubuhan bukan kerajan (NGO) itu memutuskan untuk berhimpun di tempat letak kenderaan Stadium Merdeka walaupun polis tidak memberikan sebarang permit.

Dalam kenyataan lewat petang semalam, Bersih 2.0 yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan gerakan itu komited untuk berhimpun secara aman bersama rakyat Malaysia dalam menuntut pilihan raya bersih dan adil.

“Rakyat Malaysia daripada segenap lapisan telah melalui perjalanan jauh dan penuh cabaran untuk sampai di saat yang genting ini yang bakal mencorakkan sejarah negara kita.

“Dengan kurang 24 jam tinggal untuk perhimpunan aman Bersih 2.0, tekad kami untuk mengharungi fasa terakhir dan yang paling sukar dalam ranjau ini... adalah lebih kukuh daripada sebelumnya dalam menuntut pilihan raya yang bersih dan adil demi membina Malaysia yang lebih bagus,” kata gabungan itu.

Kenyataan itu mencerminkan pendirian muktamad Bersih 2.0 untuk berhimpun secara aman di Stadium Merdeka meskipun dilarang oleh polis dan jemaah menteri.

Ulasan

Catatan Popular