KANAK-KANAK 2 TAHUN DIGILIS MPV BAPA
KOTA BARU, 29 Julai — Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun 10 bulan maut selepas tidak sengaja digilis kenderaan yang dipandu bapanya dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Tok Jawa, Tawang, Bachok hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira 8.30 pagi ketika keluarga mangsa, Nuramni Atirah Che Pauzi bersiap untuk keluar membeli kelengkapan menyambut Ramadan.
Laporan Berita Harian memetik Bernama berkata, bapa mangsa, Che Pauzi Mamat, 44, memanaskan enjin kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alzanya dan sama sekali tidak menyangka anak tunggalnya mengekori di belakang.
Che Pauzi berkata sambil menunggu isterinya, Noraini Othman, 38, bersiap, dia keluar dari rumah untuk memanaskan enjin dan menyangkakan anaknya itu berada bersama ibunya.
“Selepas memanaskan enjin kira-kira 15 minit, saya terus mengundurkan kereta, namun tiba-tiba saya dengar jiran yang lalu di depan rumah menjerit memberitahu yang anak saya ada di bawah kereta,” katanya.
Che Pauzi yang bertugas sebagai pekerja am di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) berkata dia terus melihat di bawah kenderaan dan terkejut apabila melihat anaknya tersepit di bawah tayar depan sebelah kiri kenderaan.
Bagaimanapun, katanya anaknya meninggal dunia ketika dalam perjalanan menuju ke Klinik Kesihatan Kedai Lalat.

Ulasan
Catat Ulasan