KAKAK NIE DAKWA ADIK DIA 'GILE' TERLIHAT MASA BERSIH!

Saya menjumpai satu artikel mengenai penglibatan orang kurang siuman dalam perhimpunan bersih. Artikel itu menceritakan yang dia, Pn Norazizah Man telah kehilangan adiknya yang menetap di Jitra dan dilihat berada di Bersih 2.0 di Kuala Lumpur baru-baru ini....

“Saya merayu orang ramai yang ternampak adik saya supaya dapat menghubungi kami kerana kali terakhir dia dilihat berada dalam perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Sabtu lalu.



“Saya terkejut macam mana dia boleh pergi ke Kuala Lumpur sehelai sepinggang. Saya bimbang ada pihak tertentu berniat tak baik dan cuba mengheret adik saya dalam perhimpunan itu,” kata Norazizah Man, 33, kakak kepada Muhamad Azrul, 31 (gambar), yang mengalami gangguan mental yang hilang sejak Jumaat lalu.


Menurutnya, dia terkejut selepas diberitahu kakaknya, Azizon, 37, mengenai kehilangan adik bongsu mereka.


“Azrul sebelum ini tinggal bersama kakak saya di Kampung Aman, Jitra sejak ibu bapa meninggal dunia. Saya terkejut selepas kakak memberitahu Azrul hilang dan tidak pulang ke rumah hingga hari ini. Kali terakhir kakak nampak Azrul pada pagi Jumaat lalu sebelum dia keluar rumah. “Dia biasanya akan keluar rumah berjalan-jalan sekitar kampung dan pulang semula ke rumah pada sebelah petang,” katanya yang mengunjungi pejabat Harian Metro, di sini, semalam.


Katanya, adiknya itu keluar rumah sehelai sepinggang tanpa membawa pengenalan diri menyebabkan mereka bimbang dengan keselamatannya.“Kami terkejut apabila dimaklumkan abang, Mohammad Tarmizi, 35, Azrul dilihat berada ketika perhimpunan Bersih di Stesen KL Sentral, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.


“Kami mendapat tahu berita itu beberapa hari selepas rakan abang saya dibebaskan kerana turut ditahan selepas dipercayai menyertai perhimpunan itu.“Rakan abang saya memberitahu yang dia ada melihat Azrul berdiri tidak jauh daripadanya sebelum dibawa menaiki trak polis,” katanya.


Menurutnya, selepas diberitahu kejadian itu, dia terus menghubungi abang sulungnya, Muhamad Fuad, 40, yang tinggal di Klang, Selangor supaya menghubungi mana-mana balai polis untuk mengetahui perkembangan adiknya itu.


“Malangnya, abang saya beritahu nama Azrul tiada dalam senarai orang yang ditahan ketika perhimpunan itu. Kami bimbangkan keselamatan Azrul kerana dia mengalami penyakit mental dan tidak tahu arah tujuan.Kami sekeluarga juga bimbang ada pihak memperalatkan Azrul untuk menyertai perhimpunan berkenaan.

“Dia menghidap sakit mental hanya mengikut arahan pihak yang mengambil kesempatan,” katanya. Sehubungan itu, Norazizah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar mengenai kehilangan adik lelakinya itu.


Mereka yang melihat atau mengetahui di mana Azrul berada boleh menghubunginya di talian 017-6373762.

... Tolong le saya....

Ulasan

Catatan Popular