KAITKAN FAHAMAN KOMUNIS DGN BERSIH : POLIS MENIPU?

Kalau kita tgk paper utusan kenyataan ketua polis daerah yang cube mengaitkan Bersih dengan fahaman komunis apabila dijumpai gambar pemimpin komunis di pejabat Bersih PJ... sedangkan berita semalam tidak menyebut pun akan perkara itu dan hanya menyebut akan rampasan baju T kuning serta risalahnya sahaja.. 

 so betul ke gambar tue... sebab gambar tue seakan-akan kenyataan polis tempoh hari ketika di Pulau Pinang... ke gambar sama???

Lagi NGO cuba serap fahaman komunis

PETALING JAYA 30 Jun - Cubaan menghidupkan fahaman komunis dalam perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini, nampaknya tidak boleh lagi dinafikan kebenarannya berikutan penemuan bukti-bukti baru dalam serbuan polis di sebuah banglo di Seksyen 4 di sini semalam.

Pemeriksaan dalam premis yang disewa sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Kesedaran Komuniti Selangor yang menyokong Bersih itu menemui himpunan gambar para pemimpin komunis dari dalam dan luar negara.

Antara pemimpin yang dikenal pasti di dalam gambar hitam putih itu ialah Pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM), Abdullah CD bersama isterinya dan anggota Rejimen Ke-10 PKM, Shamsiah Fakeh.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kegiatan NGO itu terbongkar apabila polis menyerbu banglo itu pada pukul 12 tengah hari semalam yang dijadikan sekretariat untuk memantau dan memastikan kelancaran perhimpunan Bersih pada 9 Julai ini.


Pejabat Bersih diserbu - Ratusan baju T dirampas

PETALING JAYA 29 Jun - Pejabat komuniti pertubuhan haram, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di Seksyen 4 di sini, yang berselindung di sebalik pejabat sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain, diserbu sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini.
Dalam serbuan pukul 12 tengah hari dan berakhir pada pukul 3 petang itu, sebanyak tujuh beg plastik hitam berisi baju T yang mempunyai logo Bersih dilihat dibawa keluar daripada rumah berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya mendapat maklumat awam berhubung aktiviti sebuah pertubuhan haram di premis itu.

"Hasil serbuan, polis menemui ratusan baju T berwarna kuning tertulis Bersih 2 selain poster dan kain rentang. Berikutan itu, kita menahan lima wanita dan dua lelaki, dipercayai pekerja kepada pertubuhan haram tersebut.

"Polis turut merampas logo Bersih dan dokumen lain dikaitkan dengan pertubuhan yang turut merancang mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular