ISU WAHABI : BUKTI UMNO TOLAK 40 'ULAMA' MUDA UMNO!!!

Isu ini menjadi perhatian ekoran laporan media semalam bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah meminta para mufti dan agensi agama negeri mengambil tindakan memantau amalan tersebut.
Asri dan 40 ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu disenaraikan sebagai pihak yang perlu dipantau.
Bagaimanapun sehingga kini belum ada pengesahan rasmi mengenai laporan media semalam.
Sehubungan itu, Asri berkata, beliau terkejut apabila ada pihak yang menganggap sekitar 40 ulama muda, kebanyakannya merupakan rakan beliau dan menyertai parti teras Barisan Nasional (BN) itu setahun lalu, didakwa menggunakan politik sebagai platform untuk mengembangkan fahaman Wahabi dan dikaitkan boleh menjurus kepada aktiviti pengganas.
“Saya tahu mereka ini (ulama muda) bertungkus-lumus membantu Umno dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ulama muda dalam parti politik dan menjalankan kerja-kerja mendakwah, tetapi mereka dilabelkan macam ini.
“Jadi, saya meminta mereka mengkaji semula kedudukan mereka dalam parti (Umno), sama ada mahu kekal sebagai ulama muda dalam Umno,” katanya hari ini.
Ulasan
Catat Ulasan