Human Rights Watch : WUJUD KEKESARAN PADA BERSIH 2.0

Kerajaan Malaysia perlu mengadakan sisasatan yang telus dan terbuka dengan segera mengenai dakwaan penggunaan pendekatan keras dalam menangani perhimpunan anjuran Bersih 2.0 Sabtu lalu, kata badan pemantau antarabangsa Human Rights Watch hari ini.

Timbalan pengarah rantau Asia Human Rights Watch, Phil Robertson, berkata pentadbiran Najib juga sewajarnya menghentikan segala bentuk ugutan dan tindakan menakut-nakutkan pihak penganjur, dan pada masa yang sama membebaskan kesemua mereka yang ditahan.

“Tindakan pihak berkuasa menghalang perhimpunan Bersih menunjukkan bahawa kebebasan asas kini bertembung dengan kuasa pemerintah,” kata Robertson sambil menambah bahawa kerajaan tidak menghormati ruang hak asasi.

“Nampaknya di Malaysia, kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan hanya dibenarkan apabila mereka (peserta perhimpunan) menyokong pihak kerajaan,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Selepas kerajaan tidak berkompromi dengan hasrat penganjur mahu menggunakan Stadium Merdeka, penyokong-penyokong Bersih 2.0 turun di jalan untuk mengadakan perarakan aman ke stadium tersebut.

Bagaimanapun pihak polis menyambut mereka dengan air berasid dan gas pemedih mata selain menahan 1,697 orang.

Selain itu pihak polis juga masih menahan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia di bawah Ordinan Darurat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan tindakan polis manakala Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pula menafikan pasukan polis yang menyerang peserta terlebih dahulu.

Pada Isnin lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mengugut untuk menggambil tindakan ke atas media domestik dan antarabangsa atas alasan laporan-laporan yang tidak berasas.

Menurut Robertson, janji kerajaan Malaysia untuk memenuhi obligasi antarabangsa sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia PBB berhadapan dengan ujian sejak kebelakangan ini.

“Rakan-rakan antarabangsa Malaysia perlu memberitahu Perdana Menteri Najib bahawa beliau sedang menerajui negara di laluan yang salah,” katanya lagi.

Ulasan

Catatan Popular