HISHAM SUDAH PENING... MIC DESAK BEBAS 6 AHLI SOSIALIS

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Timbalan Presiden MIC Datuk Dr S Subramaniam mahu Ketua Polis Negara dan Kementerian Dalam Negeri mengkaji semula penahanan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk ahli Parlimen Sungai Siput di bawah Ordinan Darurat sejak awal bulan ini.

Dr Subramaniam yang juga Menteri Sumber Manusia berkata, sehingga kini polis belum lagi menunjukkan bukti yang meyakinkan berhubung alasan menahan keenam-enam mereka kononnya mahu menggulingkan kerajaaan.

“Malah ada petanda-petanda mengelirukan bahawa mereka ditahan kerana pembabitan dalam Bersih.

“Bagaimanapun mereka ditahan lebih awal, dan kebanyakan mereka yang terlibat dalam (perhimpunan) Bersih tidak pula ditahan dan mereka yang ditahan juga sudah pun dibebaskan,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Sehubungan itu kata beliau, polis sewajarnya mengkaji balik penahanan mereka dan jika perlu hadapkan mereka di mahkmah.

Kata beliau tindakan pihak berkuasa itu telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan rakyat Malaysia dan justeru, perkara tersebut perlu ditangani dengan baik.

Gesaan agar mereka dibebaskan telah diketengahkan oleh banyak pihak.

Pagi tadi, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menuntut pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dengan segera melepaskan Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj dan lima pemimpin PSM itu.
Anwar menegaskan kesemua individu yang ditahan itu perlu dilepaskan segera tanpa sebarang syarat.

Ulasan

  1. tu sebab sebagai menteri, jadilah orang yang cerdik dengan pertimbangan dari berbagai aspek, jangan ikut tekanan dan pendapat di sekeliling. UBN masih gagal memupuk perpaduan kaum. sedih. kata negara maju, dah lama merdeka, tapi perpaduan kaum belum menjadi.ini salah pemimpin UBN sendiri. mereka lebih rasis. mengugut rakyat, paling-paling dituduhnya melawan Agong, inilah modal zaman penjajah yang masih tebal dalam jatidiri melayu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular