DocPearl: Sayu mengenangkanmu


Saya tak mampu menahan airmata ini dari terus mengalir saat membaca tulisan Dr MAZA dibawah ini. Sayu , pilu dan terasa amat kehilangan ini.
Saya mula mengenali nama Allahyarhamah sejak 94 ketika membaca artikel majalah Muslimah dan helaian harakah. Ini kerana nama yang cukup lucu pada saya yang berpendidikan sekular dan tidak pernah tahu makna dalam bahasa arab ini.

Tahun 1997 barulah saya dapat melihat beliau secara "Live" dengan menyertai program yang dianjurkan beliau di dataran Kohilal Melawati hanya sebagai peserta. Walaupun hanya pertama kali saya mengikuti program bersama beliau tetapi saya mula melihat kredibiliti beliau sebagai seorang yang bergerak "out of box" dari gambaran asal saya tentang seorang pimpinan muslimah dalam PAS. Bersungguh dan tegas.

Hanya setelah 10 tahun berikutnya saya diberikan sedikit kesempatan masa untuk bertugas bersama Allahyarhamah dalam program- program parti sejak 2007.Walaupun Singkat tapi ianya cukup meninggalkan kesan kpd saya.

Saya tidak dapatkan lupakan tentang ingatan Allahyarhamah yang mampu mengingati nama saya walaupun hanya sekali saya bertugas dalam program bersama beliau. Ini membuatkan saya terasa amat dihargai. Lagi pun sumbangan saya terlalu sedikit jika diukurkan dengan komitmen beliau. "orang kecil" seperti saya ini apalah sangat untuk dikenali oleh seorang pemimpin seperti Allahyarhamah.

Peluang bertugas bersama Allahyarhamah semakin kerap muncul apabila beliau menjadi calon PAS di Parlimen Titiwangsa. Kebetulan kami di kawasan Wangsa Maju adalah kawasan bantu untuk kempen PRU12 untuk kawasan parlimen ini. Bermula dari bertugas membantu kempen- kempen beliau hinggalah menjadi petugas keselamatan di rumah kediaman beliau sekeluarga, keringat yang kami korbankan terlalu kurang jika dibanding dengan kekentalan semangat Allahyarhamah melaksanakan amanah ini. Umur semuda saya amat malu untuk mengaku penat bila mengikuti program- program yang beliau hadiri (jika diukur dengan komitmen beliau).

Setelah sah bergelar Ahli Parlimen PAS pertama di Wilayah Persekutuan saya berhijrah 3 bulan ke Kota Bharu atas urusan bertukar tempat kerja. Setelah saya pulang dan bertugas semula di Kuala Lumpur beliau masih mengingati saya dan bertanya tentang saya dan keluarga. Kuatnya ingatan beliau . Kalau "orang kecil" seperti saya ini diambil peduli oleh beliau, saya serahkan kepada anda semua menilai komitmen Allahyarham terhadap rakyat yang beliau wakili di Parlimen Titiwangsa ini.

Kali terakhir program bersama Allahyarham yang sempat saya bertugas ialah Karnival Kami Prihatin: Kita Bersaudara 09 Mac awal tahun 2011 yang lalu. Walau dalam keuzuran beliau masih bergagah dan mencurah tenaga bagi memastikan kelancaran Karnival yang dirasmikan oleh Dato Seri Presiden.

Pengalaman yang tak akan saya lupakan, walaupun sibuk melayani gerakkerja yang padat , Allahyarhamah sempat mengkhitankan anak ke 5 saya dalam suatu karnival sebelum PRU ke 12 lalu.

DocPearl kehilanganmu amat dirasai. - AlFatihah

Mahadzir Abdul Rani




klik pada tajuk dibawah ini utk artikel penuh tulisan MAZA yang cukup menyentuh hati saya.
Dr Mohd Asri Zainul Abidin Jul 19, 11

Sebagai seorang sahabat dan insan yang masih hidup atas bumi ini, saya hanya mampu berdoa untuknya agar dilimpahi rahmat dan keampunan, kemudian meneruskan perjalanan hidup ini sehingga sampai ke destinasi seperti mana beliau pun telah menamatkannya.


Ulasan

Catatan Popular