DEPA NAK SAMAN KITA RM100 JUTA... JOM BOIKOT PENIAGA KECIL KL!!!

Kira-kira 5,000 peniaga kecil dan sederhana sekitar ibu negara dilaporkan terjejas kerana perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) semalam, dengan kerugian dianggarkan RM100 juta.

Berikutan itu, lebih 100 laporan polis dibuat golongan berkenaan sejak semalam sehingga hari ini bagi menuntut hukuman ke atas penganjur Bersih, S. Ambiga.

Daripada jumlah itu, seramai 146 peniaga kecil di sekitar Masjid Jamek terjejas kerana terpaksa menutup premis masing-masing bagi mengelak kejadian yang tidak diingini ketika peserta penganjur mula berarak di kawasan tersebut.

Menurut Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah, nilai kerugian itu diperoleh daripada anggaran keuntungan RM10,000 setiap hujung minggu bagi seorang peniaga.

Sehubungan itu, sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihaknya menawarkan khidmat guaman percuma atau boleh menghubungi pihaknya di talian 019-206 6666.

.... alang-alang dia nak saman kite RM100 juta... kita boikot gerai-gerai kecil kat area KL... kite shopping kat pasaraya besar je atau beli barang luar pada KL... padan muke depa!!! Ajar sikit penjilat kerajaan BN!!!

Ulasan

  1. Aku setuju sangat... puak-puak peniaga kecil buat fitnah macam-macam pada peserta Bersih 2.0. Jadi kita boikot... tunjukkan bahawa rakyat tak mati kalau tak berlanggan dengan mereka, tetapi mereka yang bakal bungkus kalau rakyat boikot mereka.

    BalasPadam
  2. Nak baikot....kan peniaga kecil kebanyakan orang islam.ke kau nak beli di kedai besar kaum kafir.nak berajuangpun biarlah bertempat.Cuba awak nafikan anwar tak berbohong kes 16 sept dulu...oh ya bukan anwar cakap tapi orang yg menyerupai dia.

    BalasPadam
  3. setujuk
    dah alang2 kan
    sambung je..sampai bulan ramadhan
    biar xde org dtg menjengah..
    amik..jd la sombong and pengampu BN lagik

    BalasPadam
  4. satu artikel pejuang yang cetek akal..

    BalasPadam
  5. aku setuju kita boikot, polis, pemerintah pun org melayu jugak, perhimpunan bersih pun majoriti org melayu jugak, apa yg pemerentah dan polis buat kat bersih tak apa dan bersih nak boikot peniaga2 kecil tak boleh. mana punya akal ni...

    BalasPadam
  6. sapa suruh tutup kedai . bersih suruh ke. Buka sendiri le kedai itu. Orang tak masok beli kau punya hal le. Sapa suruh roadblock bersih suruh ke. Mintalah ganti rugi sama Polis. Ada molotv ke ada parang panjang ke. Yang ada Polis jumpa ada le.

    BalasPadam
  7. Dulu aku Pas ,sekarang ni aku nak undi BN pulak.Aku dah tak percaya dengan Pas nak perjuangkan Islam tetapi bertuangkan kafir laknat.Semuanya bersifat politik tetapi bukan agama contoh : 1. Masa Anwar TPM dulu aku ingat lagi betapa hebatnya orang Pas kutuk dia siap dengan al-juburi sekali,suruh siasat,suruh letak jawatan,suruh tubuh suruhajaya diraja,TETAPI sekarang Anwar kena sekali lagi kes video datuk T,tak de seorangpun pemimpin Pas yang cakap seperti dulu, orang lain pula dituduh fitnah.Dauble standard. Apa salah pemimpin Pas siasat dulu sebelum menafikan,kita tak tahu betul ataupun tidak,tetapi jangan kita terus manafikan jika yang sebulu dengan kita melakukan kesalahan.

    2. Pas ni kalau dia punya semua betul 100%, kalau BN 100% buruk. seolah-olah selama kita tinggal di Msia penuh dengan kejahatan BN.Fikir sendiri.. CUba jadi orang atas pagar dalam menilai 2 benda.

    3. Pas tak boleh nak control DAP.

    BalasPadam
  8. Aku setuju dgn komen kau diatas.PRU nanti PR tak akan menang sehebat 2008 dulu.sbbnya dulu harga minyak naik mendadak, Tun M kecam Pak lah,Tol naik, Tetapi sekarang ni isu ni sudah tak de,maka pengundi atas pagar akan kembali ke BN.

    BalasPadam
  9. lu orng pi la shopping kat petaling street...

    BalasPadam
  10. kite tolong melayu area luar KL macam uptown danau kota ke, uptown cheras ke, uptown shah alam... pegi lantak dgn peniaga kl...

    BalasPadam
  11. Anon 3:54 hang toksah dok mengaku hang pas. Tengok cara hang tulis pun aku tau hang jembalang UMNO. Anwar tak pernah digelar al-juburi oleh PAS, yang menggelar sedemikian ialah puak UMNO sendiri. Semasa zaman dia menjadi TPM, gelaran yang diberikan kepada Mat Sabu kepada Anwar adalah 'Insan Kamil'... aku masih ingat lagi.... sebab aku bukan spesis Melayu Mudah Lupa macam kau orang.

    Ayuh kita boikot peniaga-peniaga yang berbohong tentang Himpunan Bersih 2.0.

    BalasPadam
  12. kita boikot peniaga yang jadi penjilat kere jaan BN!!! kita ajar sama dia!!!

    BalasPadam
  13. boikot, jangan tak boikot. Dapatkan nama kedai peniaga yg buat laporan polis tu. Baru senang boikot...

    BalasPadam
  14. Jangan boikot sebarangan.BOIKOT yg bukan golongan kita. Pekedai pekedai yang DIRAGUI HALAL HARAM. Contohnya rangkaian res kopitiam ; kedai jenis makanan China atau India yg menyamar sebagai muslim; barangan bukan keluaran muslim contohnya ROTI, MEE, TAUHU; barangan keluaran yahudi amerika (kecuali jika tiada pilihan ) ; ROKOK yang anda hisap berkepul di bibir itu buangkan segera ; MAKANAN SEGERA yg dijadikan hadiah buah tangan untuk anak-anak seperti cekedis, maggi, mammi , dsb kerana diumpamakan racun kepada anak-anak. SEPATUTnya anda semua buat satu lagi KEMPEN BESAR-BESARAN selain BERSIH dengan sepanduk di kawasan masing-masing supaya UTAMAKAN makanan keluaran muslim dan membeli di kedai-kedai sesama kita dengan HARGA BERPATUTAN. Hidupkan rangkaian perniagaan dan perdagangan sesama kita bermula dari KILANG hingga ke PENGGUNA ; Domistik dan antara Negara.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular