CERAMAH ISU SEMASA: PENTAS PEMUDA


PAS WANGSA MAJU bersama PAS cawangan Sg Mulia akan menganjurkan ceramah Isu- isu semasa : Pentas Pemuda pada hari ahad 30 Julai 2011- 9.30 malam, bersamaan 28 Syaaban 1432H.

Bertempat di perkarangan rumah Tuan Haji Azman, aktivis PAS cawangan Sungai Mulia, program ini akan menampilkan seorang tokoh anak muda Sdr Nasaie Ismail yang merupakan Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan. Beliau juga diamanahkan menjadi setiausaha akhbar kepada Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Awang, presiden PAS. Anak kelahiran Pahang ini juga menjawat jawatan Ketua Pemuda PAS Lembah Pantai. Kepetahannya berpidato semestinya menjadi kelebihan kepada PAS untuk menjelaskan isu- isu semasa yang selama ini ditutup dari media massa arus perdana.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS kawasan Wangsa Maju, yang Berbahagia Ustaz Muhammad Abduh Bin Mohammed Daud juga akan menyampaikan pidatonya nanti. Anak muda juga kelahiran Pahang ini adalah lepasan dari universiti Al- Azhar Mesir. Nantikan kemunculan sulong anak muda yang baru sahaja ditabalkan menjadi Ketua Pemuda Wangsa Maju ini. Sengatannya pasti membuatkan penguasa terluka.

Turut akan memanaskan pentas pidato malam itu nanti adalah Ustaz Muhammad Izzudin Hilmi Bin Muhammad Zaini . Seorang anak muda jati kelahiran Kuala Lumpur. Beliau baru sahaja menamatkan pengajian di IPT awam Malaysia dan merupakan salah seorang aktivis BERSIH 2.0. Sesuatu yang menarik mengenai anak muda ini ialah nama beliau antara yang tersenarai diantara 91 orang yang tidak dibenarkan memasuki Kuala Lumpur sempena BERSIH 2.0 yang lalu.

Selain dari itu, majlis ini juga kan menayangkan klip- klip video sempena BERSIH 2.0 lalu yang pastinya amat berbeza dengan apa yang dipaparkan oleh media perdana.

Mohon Sebarkan maklumat ini. Pastikan anada hadir beramai- ramai di perkarangan Rumah Tuan Haji Azman Kg Sungai Mulia, Batu 5, Jalan Gombak Wangsa Maju sabtu malam ahad nanti

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular