BERSIH 2.0 : TIMB MENTERI BAKAL DIKUTUK LAGI


Semalam ana ada menyiarkan  berita tentang Timb Menteri ini dan hari ini keluar lagi pasal berta dia daaa...

KUALA LUMPUR, 13 Julai — Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berpendapat Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan pendekatan komunikasi politik yang lebih baik sekiranya mahu mendapatkan semula sokongan rakyat ekoran Himpunan Bersih 2.0, Sabtu lalu.

Ini kerana jelas beliau, perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan disokong Pakatan Rakyat akan meninggalkan kesan terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Majlis Tertinggi Umno ini berkata, beliau secara tegas tidak menyokong Himpunan Bersih 2.0 dan lapan tuntutan yang dikemukakan namun kesal dengan kata-kata kesan yang dilemparkan terhadap gabungan 62 badan bukan kerajaan (NGO) itu.

“Saya tidak menyokong Bersih dan perhimpunannya. Tapi saya juga tidak bersetuju dengan kata-kata kesat yang dilontar terhadap Bersih serta pihak-pihak lain... ini kerana saya menyeru budaya politik yang sihat dan segar.

“Saya juga tidak setuju menggunakan fatwa haram terhadap perhimpunan itu. Istilah polis, iaitu perhimpunan haram adalah memadai, oleh itu saya mahu supaya kita meningkatkan kebebasan bersuara di negara ini.

“BN perlu menggunakan komunikasi politik yang lebih baik selepas ini kerana sedikit sebanyak perhimpunan Bersih itu ada meninggalkan kesan,” katanya.

Beliau yang sejak minggu lalu diserang di laman Twitter dan blogger pro-Umno menegaskan, sama sekali tidak menyokong Himpunan Bersih 2.0 seperti mana yang didakwa.

Malah tegas Saifuddin, sekiranya perhimpunan itu mendapat permit, beliau juga tidak akan menyertainya kerana tidak menyokong lapan tuntutan Bersih.

Lapan tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

“Seperti dalam Twitter dan Facebook, saya tidak menyokong Bersih. Saya menyeru politik baru yang terdiri daripada empat perkara iaitu integriti politik, kerangka pentadbiran baru, inovasi demokrasi dan pemikiran politik progresif.

“Justeru saya faham apa yang dibawa oleh Bersih... ‘faham’ tidak sama dengan ‘sokong’, kalau pun saya setuju dengan satu daripada tuntutannya, itu juga tidak sama dengan sokong,” kata Saifuddin.

Tambah wakil rakyat BN ini, beliau tidak bersetuju dengan perhimpunan anjuran Bersih itu kerana ia “perhimpunan haram.”

“Apa yang saya sokong ialah perhimpunan aman kerana ia sebahagian daripada amalan demokrasi tetapi ia mesti diadakan dengan cara yang sesuai.

“Pada saya antara cara yang sesuai ialah seperti yang dicadangkan Suhakam, sekiranya kita menggunakan cadangan Suhakam ada kemungkinan perhimpunan Bersih itu dapat diadakan dengan permit polis dan aman,” kata Saifuiddin sambil menambah, beliau hanya menyokong perhimpunan dibuat secara aman.

Ulasan

Catatan Popular