5 Jul 2011

BAHAN LETUPAN DGN BAJU BERSIH DIJUMPAI TEPI HUTAN ORG ASLI...WAKAKAKA
abu nu'man5 Jul 2011 4 Komentar

... aku rasa puak-puak UMporNo dah cukup terdesak apabila menggunakan tektik yang paling bodoh diabad ini dengan meletakkan molotov coktail dalam plastik hitam kat tepi jalan hutan siap dengan parang 'baru'... yg jumpe tue orang asli... sape org asli tue.?.. amik no., esok turun training bola padang...

kenape selama ini perhimpunan aman bersih 1.0, PSSMI, anti ISA takde pun peserta yang menggunakan molotov coktail (nak sebut pun tergeliat lidah)... entah-entah kerja polis...sebab polis je ade benda tue????wakakakakaka

[BH] KUALA LUMPUR: Polis Selangor menemui satu beg berisi molotov coktail, dua plastik hitam mengandungi puluhan baju kuning BERSIH dan dua beg berisi parang serta bebola besi di Batu 12, Jalan Lama Gombak di tepi jalan kawasan hutan petang semalam.

Penemuan itu berdasarkan maklumat beberapa Orang Asli yang terlihat barang berkenaan ketika sedang mencari rotan. ...(gelak....gelak lagi....)

Sementara itu, Polis menemui empat bahan letupan molotov coktail yang diletakkan dalam plastik hitam di Jalan Raja Laut, awal pagi semalam, dipercayai akan digunakan ketika perhimpunan haram BERSIH berlangsung Sabtu ini.

Bahan letupan itu ditemui bersama beberapa senjata tajam seperti pisau dan parang serta 15 mercun bola dan T-shirt tertera perkataan BERSIH yang dibungkus dalam plastik hitam dan diletakkan dalam pasu bunga di belakang pusat beli-belah Sogo, di sini.

Hasil siasatan awal polis berdasarkan maklumat saksi mendapati bahan letupan berkenaan diletakkan tiga suspek lelaki menaiki sebuah kereta Proton Waja yang didaftarkan di Negeri Sembilan.

Suspek dilapor dalam keadaan mencurigakan selepas dilihat keluar dari kereta dengan memakai penutup muka dan sarung tangan sambil memerhatikan keadaan sekeliling, ketika menyembunyikan bahan letupan itu.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata polis tidak menolak kemungkinan bahan letupan itu akan digunakan ketika perhimpunan haram, tetapi siasatan lanjut sedang dilakukan secara terperinci.

“Polis kini mengesan suspek berkenaan bagi mengetahui sama ada wujud bahan letupan turut diletakkan di beberapa lokasi lain yang kita percaya akan digunakan pada hari perhimpunan haram itu Sabtu ini,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Beliau berkata, orang ramai diminta tidak panik menghadapi situasi berkenaan kerana polis sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk cubaan beberapa pihak mengganggu-gugat ketenteraman awam di sekitar Kuala Lumpur.

Katanya, polis berusaha mengesan suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 8, Akta Bahan Letupan dan Kakisan.

Difahamkan, ini adalah penemuan pertama polis ke atas bahan letupan berbahaya yang dipercayai akan digunakan ketika perhimpunan haram itu.

.... camne aku tau... sebab bapak aku pun polis....
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

4 ulasan:

  1. Berita untuk orang UMNO yang bengong je. Orang yang tak bengong, dia tahu ini semua kerja-kerja puak provokator yang nak halang Bersih diadakan. Kalau ada orang nak buat rusuhan memang dia tak ada otak sebab tinggal barang-barang rusuhan merata-rata. Ada ke pula letak barang-barang macam tu di tepi jalan dalam pasu di Sogo... awai lagi che oooi baru 4-5 Julai, nampak sangat sengaja dibuat untuk ditemui orang. Lainlah kalau benda tu ditemui dalam kereta polis ke, kereta Perkakas (Perkakas) ke, dan kereta Pak turuT (Patriot) ke. Jumpa dalam hutan, jumpa tepi jalan.... orang asli? hah orang asli? Lawak-lawak. Memang dah jadi cerita kartun. Proton Waja? Basic kereta polis... Baju BERSIH?.... puak hampa dah rampas banyak helai baju... ini bukan zaman darurat dulu nak buat celoreng tentera susah sangat. Ini zaman teknologi...

    Mereka merancang, Allah juga merancang...Sebaik-baik perancangan rancangan Allah.

    BalasPadam
  2. Negara kebajikan? mana dia membangun bersama islam? Takbir.. ! hik hik.

    BalasPadam
  3. Sudah sudah lah wey ! apa nak bersih-bersih lagi ni haa? semua dah bersih pon, dok diam-diam dah lah, jangan lah bagi susah orang lain.

    BalasPadam
  4. Dasar pengotor, bila duduk dalam tempat kotor dia kata bersih. Aku tahu makhluk Allah yang sukakan kekotoran... bukan tikus, bukan anjing... tetapi syaitan... UMNO memang mengarah kepada kerja-kerja syaitan.

    Bab bom tak bom ni... pergi tanya MP Kulim/Bandar Baru, dia mengaku dia bakar Masjid India di Kuala Lumpur... jadi aku suspek dia.

    BalasPadam

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.