ARWAH DR LO' LO' SEMPAT PESAN, "TERUSKAN PERJUANGAN TERMASUK ISU KG. BARU"

KUALA LUMPUR, 18 Julai — Keluarga Allahyarhamah Dr Lo’ Lo’ Ghazali berkata Ahli Parlimen Titiwangsa itu berpesan agar kepimpinan PAS meneruskan segala perjuangan yang masih belum selesai terutamanya isu Kampung Baru.


Menurut suaminya Dr Aminuddin Abdul Hamid Karim, amanat itu dibuat sebelum Dr Lo’ Lo’ (gambar) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang malam tadi.

“Beliau berpesan agar semua kerja hendaklah dibuat dengan betul dan segala perjuangan yang dilakukan beliau diteruskan.

“Beliau berkata mana-mana perjuangan beliau yang masih belum selesai agar diteruskan oleh Pakatan Rakyat terutamanya isu Kampung Baru dan sebagainya,” katanya kepada The Malaysian Insider selepas majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat di sini.

Jenazah Dr Lo’ Lo’ terlebih dahulu disembahyangkan di Masjid Al-Akram dengan diimamkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Dr Lo’ Lo’, 54, meninggal dunia kerana menghidap kanser.

Anak kelahiran Kuala Kangsar ini meninggalkan empat anak iaitu Mawaddah, 30, Muhd Fawwaz, 28, Sakinah,26, dan Muhd Farhan, 25.

.... gambar Lensa DPPWM Insya Allah Akan menyusul nanti....

Ulasan

Catatan Popular