11 Jul 2011

AMARAN KERAS HISHAMUDIN BUAT BLOGGER!!!
abu nu'man11 Jul 2011 2 Komentar

Berdepan dengan pelbagai dakwaan bertindak ganas sewaktu perarakan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, polis akan mengeluarkan rakaman visual bagi menafikan perkara tersebut, kata  Hishammuddin Hussein.

Beliau memberi amaran bahawa tindakan akan diambil terhadap mereka

"Walau dalam media yang telah membuat 'dakwaan tidak berasas'.

"Kami mempunyai rakaman visual di dalam bilik operasi kami. Apa sahaja yang telah didakwa akan disiasat dengan bukti kukuh, dan tindakan akan diambil terhadap mereka di Internet dan media asing yang telah membuat dakwaan tidak berasas," katanya dalam sidang akhbar di ibupejabat polis persekutuan di Bukit Aman hari ini.

Katanya, polis akan bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menyiasat dakwaan yang tidak benar terhadap polis, dan mengambil tindakan sewajarnya.

Bagaimanapun, Hishammuddin enggan mengesahkan dakwaan keganasan polis, termasuk serangan gas pemedih mata dan meriam air ke dalam kawasan Hospital Tung Shin Hospital pada hari Sabtu, serta dakwaan bahawa Baharuddin Ahmad - yang meninggal dunia selepas ditangkap oleh pihak polis semasa perarakan itu - telah dinafikan rawatan perubatan sewaktu ditahan.

"Kami mempunyai rakaman tertentu. Jika apa yang didakwa tidak mempunyai bukti, mereka yang melaporkannya ia akan dibawa ke muka pengadilan," katanya berulangkali apabila ditanya mengenai serangan gas pemedih mata dan meriam air di kawasan Hospital Tung Shin itu.

..... mane ade orang ngaku berak tepi jalan....
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

2 ulasan:

  1. ...kami cabar...dedahkan seluruh video le hisham woi...

    BalasPadam
  2. beribu2 vdeo melihatkan keBABIan polis dan kerajaan BN dah di post kat YouTube...apa ko nak cakap lagi samudin aw aw

    BalasPadam

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.