TPM : PAS KORBAN PRINSIP ISLAM.. ISLAM SGT LE KAU TUE

KUALA LUMPUR, 5 Jun — Tan Sri Muhyiddin Yassin (bapa najwa) mendakwa PAS mengorbankan prinsip-prinsip Islam demi kepentingan politik sedangkan parti itu sepatutnya menggunakan muktamar kali ini untuk mencari kebenaran di sebalik isu video seks didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Timbalan presiden Umno itu juga mengecam PAS bimbang kebenaran di sebalik video seks itu, yang didedahkan “Datuk T” Mac lalu, akan mencemar imej agama yang dibawa parti itu.

“Kemungkinan mereka sudah tahu latar belakang isu video itu . . . atau siapa orang dalam video,” kata Muhyiddin di sini hari ini.

“Tetapi ia (seharusnya) telah dibawa ke muktamar mereka . . . sebagai parti politik yang diasaskan atas prinsip-prinsip Islam, mereka seharusnya mencari kebenaran,” kata timbalan perdana menteri ini selepas melawat ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini.

Ulasan

Catatan Popular