SPR SUDAH TAKUT DENGAN BERSIH 2.0

PUTRAJAYA, 20 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan kumpulan Bersih dengan syarat Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini tidak diadakan.


“Kita bincang tetapi dengan syarat begitulah, tetapi jika nak mengadakan demonstrasi dan jumpa kita hanya sebagai ‘rubber stamp’ atau alasan sahaja, tidak ada maknalah.

“Pada saya, demonstrasi itu tidak menyelesaikan sebarang masalah. Pindaan undang-undang tidak akan terjadi dengan sendirinya kerana demonstrasi, atau permohonan mereka akan diterima, tidak mungkin,” kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dipetik Bernama Online.

Aziz meminta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang bercadang mengadakan demonstrasi jalanan haram pada 9 Julai supaya tidak menjadikan SPR sebagai kambing hitam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan kumpulan pengacau itu yang tetap berdegil untuk mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini, walaupun dikecam pelbagai pihak.

Kumpulan itu menuntut lapan perkara untuk memastikan pilihan raya telus dan bersih tanpa sebarang penyelewengan, iaitu membersihkan senarai undi, reformasi kepada undi pos, guna dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Aziz berkata jika benar kumpulan itu memperjuangkan demokrasi, ia boleh terus berbincang dengan SPR dan mengemukakan permohonan dengan cara baik.

Ulasan

  1. Bincang2 ni semua taktik nak gagalkan demonstrasi 9 Julai. Tak payah bincang. Kita teruskan demo. Tak sabar dah ni.....

    BalasPadam
  2. betul tue.. alang2 dah beli baju

    BalasPadam
  3. KALAU NK BINCANG..
    LEPAS BUAT DEMO 9HB JULAI TU
    KAH KAH KAH
    JANGAN DI BODOH KAN OLEH SPR YG BODOH TU

    TAKBIRRRRRRRRRRR!!!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular