POLIS RESTU TINDAKAN PERKASA... BUKTI POLIS PENAKUT!!

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Dewan Pemuda PAS pusat mendakwa pendekatan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sengaja menggunakan sentimen perkauman dalam satu perhimpunan semalam dalam menggagalkan Himpunan Bersih 2.0 bulan depan.

Malah sayap PAS itu juga mendakwa Perkasa menjadikan sasaran barunya dengan bertindak membakar gambar Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga dan melaungkan sentiemen agama dengan melabelnya “perempuan hindu yang bahaya”, satu tindakan yang boleh mencetuskan suasana buruk walaupun ia langsung tidak berkaitan terhadap himpunan yang bakal berlangsung.

“Malah Datuk Ibrahim juga mengukapkan “orang Cina elok duduk dalam rumah sebelum sesuatu yang buruk berlaku” sebagai pendekatan amaran yang sengaja membakar kaum Cina dalam negara,” kata Naib Ketua Pemuda PAS Raja Ahmad Al-Hiss dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Raja Ahmad berkata, dengan mengelar dirinya sebagai ‘jeneral perang’ untuk umat Melayu adalah keterlaluan dan terlalu bahaya apabila perkauman sempit bagi memastikan himpunan yang dirancang tidak akan berjaya bertentangan dengan apa yang sedang berlaku dan bukannya membabitkan perkauman.

“Bagi kami, Datuk Ibrahim sengaja menyamakan himpunan ini sepertimana yang berlaku di Libya bagi tujuan menggulingkan kerajaan di sana sebagai satu niat jahat bagi menghasut rakyat atas kebimbangan yang sengaja diada-adakan.

“Oleh yang demikian, kami mendesak agar pihak polis menahan Datuk Ibrahim kerana jelas beliau membawa sentimen perkauman dan amat berbahaya terhadap perpaduan kaum dalam negara kita,” kata beliau.

Raja Ahmad menambah jika pihak polis masih gagal mengambil tindakan terhadap Ibrahim, memang benar dakwaan bahawa Perkasa adalah ejen kepada Umno selama ini.

“Dan, kami menyeru agar kaum Cina dan India agar bersama-sama (menyertai) dalam himpunan ini nanti bagi menyatakan protes terhadap pihak kerajaan kerana sengaja membiarkan Datuk Ibrahim mencetuskan prasangka buruk dan perkauman sempit.

“Kami yakin rakyat pelbagai kaum akan bangkit bagi membantah sikap pihak berkuasa dengan membiarkan Datuk Ibrahim dengan mengheret perkauman sempit untuk cuba menggagalkan himpunan bagi membersihkan sistem pilihan raya yang tidak sedikitpun menyentuh isu perkauman,” katanya.

Ulasan

Catatan Popular