POLIS AKAN GUNA KEKERASAN... KITA GUNA CARA BERHEMAH...',
Polis ada cara halang perhimpunan haram 9 Julai
BERNAMA - about 18 hours 57 minutes ago
KUALA LUMPUR, (Bernama) - Polis akan menggunakan cara tersendiri untuk memastikan perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai ini tidak akan berlaku, kata Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh.
"Apa rancangan dan jenis tindakan yang akan kita ambil itu, biarlah polis sahaja yang tahu. Yang pasti, kita akan ambil tindakan sewajarnya bagi menghalang perhimpunan ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Amar Singh berkata sehingga hari ini, tidak ada satu pihak pun yang memohon permit untuk mengadakan perhimpunan itu.
Oleh itu, kata beliau, sekiranya perhimpunan itu diadakan juga, ia boleh diklasifikasikan sebagai perhimpunan haram atau tidak ada permit/lesen seperti yang ditetapkan oleh Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967.
Perhimpunan haram itu dianjurkan oleh satu puak pengacau bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dengan alasan mahu menuntut pilihan raya lebih bersih dan adil.
Cadangan mengadakan perhimpunan itu mendapat bantahan meluas kerana orang ramai bimbang ia boleh mencetuskan kekacauan selain menyebabkan kesesakan jalan raya.
Amar Singh berkata sehingga kini polis telah menerima lebih daripada 800 laporan polis berhubung bantahan terhadap demonstrasi ini yang dibuat oleh pelbagai pihak termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO), golongan peniaga, persatuan-persatuan, ahli politik dan orang awam (individu).
Amar Singh meminta penganjur supaya menarik balik rancangan mereka untuk mengadakan perhimpunan haram itu.

Kerajaan UMNO kata 'perhimpunan haram'.Saya syorkan jadikan ianya 'halal'.Senang je caranya beri permit.Semua boleh tidur lena.
BalasPadamWahai yang digelar pemuda,
BalasPadamSila tafsirkan maksud "berhemah" - adakah bermakna hulurkan kepala untuk dibelantan,biarkan disiram dengan air asid,menyedut bebas udara gas pemedih mata,diamkan diri jika dibogelkan diseret kedalam lori polis atau tunduk aje jika diasak denganperisai FRU? Mana harga diri,mana kebebasan yang dituntut,mana semangat perjuangan,sampai bila mau sabar?
biar Malaysia menilai kita
BalasPadam