PERKASA BACUL NAK BERHIMPUN JUGAK HALANG BERSIH 2.0...

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) merancang untuk turut mengadakan perhimpunan bagi menghalang demonstrasi yang akan diadakan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) keduapada 9 Julai ini.


Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, keputusan untuk turut sama berhimpun pada hari berkenaan bukan bagi mencetuskan kekecohan sebaliknya demi mempertahankan keselamatan negara.

“Kita nak berhimpun bukan untuk timbulkan kekecohan, tapi nak pastikan kita dapat menghalang perkara ini berlaku, ini yang kita akan buat kerana kami yakin tidak ada sebab untuk mereka menganjurkanperhimpunan Bersih ini.

“Saya akan lawan habis-habisan, ertinya pada hari tersebut akan berlaku pertembungan, kalau ini berlaku, ia untuk kebaikkan,”katanya pada sidang media di Parlimen, di sini, Isnin.

Beliau berkata tindakan untuk mengerakkan ahli dan penyokong Perkasa bagi mengadakan perhimpunan balas bagi menghalang demonstrasi Bersih juga bertujuan memberi isyarat kepada pihak polis untuk bertindak.

.... kita tengok.... siapa yang kene?

Ulasan

Catatan Popular